39 Mayat Dalam Kontena: Vietnam Kecam Pemerdagangan Manusia

HANOI – Vietnam mengutuk sekeras-kerasnya pemerdagangan manusia selepas polis di Britain mengesahkan 39 mayat yang ditemui dalam sebuah lori kontena di kawasan perindustrian di Essex, timur London minggu lalu dipercayai rakyat Hanoi.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Negara, Le Thi Thu Hang, penemuan 39 mayat itu adalah tragedi kemanusiaan yang serius dan sindiket penyeludupan manusia adalah jenayah serius.

“Vietnam menggesa negara di rantau ini dan di seluruh dunia meningkatkan kerjasama memerangi pemerdagangan manusia untuk mencegah tragedi ini daripada berulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa kini sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang dikumpul daripada keluarga di wilayah Ha Tinh dan Nghe An.

Susulan penemuan menggemparkan itu, dua orang ditahan di wilayah Ha Tinh atas dakwaan pemerdagangan manusia termasuk pemandu trak dan seorang lagi lelaki yang berdepan tuduhan membunuh. – AFP