Adakah kerana wujudnya desakan secara ‘pintu belakang’ – Noraini

KENYATAAN MEDIA YB DATO DR NORAINI AHMAD
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA MERANGKAP AHLI PARLIMEN PARIT SULONG

06 NOVEMBER 2019

1. Pergerakan Wanita UMNO berasa amat kecewa dengan keputusan mahkamah Seksyen Seremban hari ini apabila membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Adun Seremban Jaya P Gunasekaran.

2. Selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO, bukan niat saya untuk mempertikaikan keputusan mahkamah namun bagaimana keputusan tersebut boleh dibuat sedangkan bukti secara terang menunjukkan item berhubung kait LTTE memang berada di pejabat dan kediaman beliau.

3. Adakah kerana wujudnya desakan secara ‘pintu belakang’ menyebabkan pertuduhan tersebut dibatalkan.

4. Keputusan mahkamah ini secara tidak langsung memberi gambaran negatif kepada institusi perundangan negara. Masyarakat akan mengganggap, ahli Dap ‘kebal’ daripada sebarang tindakan undang-undang.

5. Sudahlah kes melibatkan Anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib sehingga kini belum didakwa, kes melibatkan pemimpin Dap dalam soal LTTE ini pula begitu mudah dibatalkan.

5. Inilah Malaysia Baru… ketelusan yang diuar-uarkan selama ini hanyalah mainan bibir mengelirukan rakyat.