Ahli Parlimen Hulu Selangor sila bawa suara rakyat Hulu Selangor di Dewan Rakyat

0
3

Warga Felda di Hulu Selangor amat berharap Ahli Parlimen Hulu Selangor YB June Leow dapat bersuara di dewan rakyat mengenai kejatuhan harga kelapa sawit.

Di Selangor hanya di Parlimen Hulu Selangor yang masih ada kawasan Felda dan YB June sepatutnya membawa masalah peneroka yang diwakili.

Melalui belanjawan 2020 apakah pembangunan baru yang berjaya dibawa oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor khas untuk Hulu Selangor.

Rasanya rakyat Hulu Selangor kehilangan suara Ahli Parlimen di dalam dewan negara.

Isu yang dibangkitkan oleh Speaker Dewan Negara hari ini berkaitan kekurangan Ahli Parlimen PH yang hadir, adakah YB salah seorang daripadanya ??