Apa jua keputusan, tetap positif buat Najib

Tapi kita juga perlu bersikap realistik terutamanya apabila kita hidup di bawah KERAjaan PH

Ramai yang mesej dengan nada sedih seolah-olah 11 November adalah segala-galanya buat DSN. Padahal jika kita lihat DSN, beliau relax dan happy ke sana ke mari seolah-olah tak ada apa yang major sedang berlaku.

Admin dapat info dari inner circle DSN. Beliau ini juga adalah merupakan seorang peguam.

Abang kakak semua jangan silap faham. Esok memang tarikh keputusan hakim untuk tentukan sama ada DSN dibebaskan atau dipanggil bela diri.

Tapi ia bukan segala-galanya.

Memanglah kita berdoa dan berharap agar DSN dibebaskan terus.

Tapi kita juga perlu bersikap realistik terutamanya apabila kita hidup di bawah KERAjaan PH yang memang mahkamahnya boleh buat HARI TERKEJUT SEMALAYSIA seperti kes pembebasan Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan dalam kes rasuah.

Kes SRC ini adalah merupakan kes yang menjadi tumpuan negara dan seperti kes-kes berprofil tinggi lain, pembelaan hampir pasti akan dipanggil.

IA TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA atau tanggapan bahawa DSN bersalah sebenarnya.

Ia hanya bermakna bahawa hakim mahu play safe.

Bayangkan sekiranya DSN dibebaskan, Tommy Thomas pasti akan menfailkan rayuan dan hakim semestinya perlu menyiapkan keputusan penghakiman untuk dinilai di Mahkamah Rayuan.

Oleh itu, kebiasaannya, bagi kes-kes berprofil tinggi, hakim akan memerintahkan pembelaan dilakukan. Ini akan memberi hakim lebih masa untuk menilai dan juga untuk mendengar hujah dan bukti-bukti pasukan pembelaan sebelum sebuah keputusan yang lengkap dilakukan.

Dan sekiranya perintah bela diri dikeluarkan, maka pasukan pembelaan pasti akan membawa pula barisan saksi-saksi pembelaan dan ini merupakan peluang keemasan bagi membuktikan DSN tidak bersalah once and for all!

Adalah merupakan satu kemenangan buat kita sekiranya ada pertuduhan yang digugurkan tetapi pasukan pembelaan tetap dipanggil bela diri. Adalah merupakan satu bonus sangat-sangat sekiranya pertuduhan digugurkan sepenuhnya. Marilah kita terus berdoa. ??

Jadi…sungguhpun kita harap DSN dibebaskan terus tetapi kita juga kena berpijak di bumi yang nyata. Apa jua keputusan esok tetap positif buat DSN dan pasukan pembelaan DSN sudah bersedia! ??

Sumber: Nabeel Naqie

#SenyumDuluBossku
#ShareShare