Apa sudah jadi dengan Tabung Haji kini? – Najib Razak

Tabung Haji media conference at Kuala Lumpur

Mula-mula PH kata mereka mengupah firma luar untuk aufdit akaun Tabung Haji untuk tahun 2017 masa BN.

PH kata audit itu mengesahkan bahawa TH mengalami defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 kerana terlebih bayar Hibah kepada pendeposit.

(Baiklah. Kita terima walaupun Jabatan Audit Negara masa itu tak kata ada defisit RM4.1 bilion pun.)

Disember 2018: Akaun Tabung Haji 2017 alami defisit RM4.1 bilion
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/507436/akaun-tabung-haji-2017-alami-defisit-rm41-bilion

Pada bulan Mac 2019 pula, PH umumTabung Haji perlu bail-out sebanyak RM17.8 bilion.

April 2019: Kerajaan suntik RM17.8 bilion pulihkan Tabung Haji

Kerajaan suntik RM17.8 bilion pulihkan Tabung Haji

Lalu mereka tuduh bail-out RM17.8 bilion adalah salah kerajaan BN dahulu.

Tuduh BN rosakkan Tabung Haji.

Tetapi tidak sekalipun PH pernah menjelaskan kenapa defisit RM4.1 bilion pada tahun 2017 tiba-tiba naik RM13.7 bilion menjadi masalah RM17.8 bilion sehingga perlukan kerajaan umum bail-out.

Kenapa?

PH dakwa defisit RM4.1 bilion itu telah diagihkan kepada pendeposit TH kerana BN zalim sangat sehingga terlebih bayar Hibah.

Tetapi ke mana perginya defisit tambahan RM13.7 bilion itu?

Ke mana?

Menteri jaga agama atau penyokong-penyokong PH boleh jawab kenapa dan ke mana?

Dan sebab apa “skandal” bail-out sebesar RM17.3 bilion ini tidak dibuat siasatan PAC atau RCI?

Kenapa malu nak buat?

Angka RM17.8 bilion tak cukup besar ke?

Nak tahu jawapan?

Ada di sini:

Ini pula artikel oleh Bernama berkaitan isu Tabung Haji hari ini.

Kerajaan tanggung premium RM10.3 bilion untuk selamatkan TH serta pelan penstrukturan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung premium RM10.3 bilion untuk memastikan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pulih.

Menurut Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), langkah itu adalah sebahagian daripada pelan penyelamat dan penyusunan semula dana haji.

UJSB yang merupakan unit milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) menyelesaikan pemindahan aset tidak berbayar bernilai RM9.63 bilion yang dipegang oleh TH pada Disember tahun lalu, susulan kemerosotannya akibat salah pengurusan kewangan dan salah laku pengurusan sebelum ini.

Pemindahan ini dilakukan dari TH kepada UJSB sebagai pertukaran untuk sejumlah RM19.90 bilion, yang terdiri daripada dua peringkat Sukuk berjumlah RM19.60 bilion, iaitu RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan saham keutamaan boleh tukar Islam bernilai RM9.9 bilion RCPS-i) serta wang tunai RM300 juta yang perlu dibayar kepada TH.

“Perbezaan sebanyak RM10.3 bilion antara pertimbangan sebanyak RM19.90 bilion dan nilai pasaran ke atas aset sebanyak RM9.63 bilion, akan ditanggung oleh kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan TH dipulihkan,” kata UJSB dalam kenyataan di sini hari ini.

UJSB berkata sekiranya nilai aset menyusut lebih lanjut, kerugian yang perlu ditanggung oleh kerajaan akan lebih tinggi daripada RM10.3 bilion.

Mengulas lanjut mengenai aset yang dipindahkan, UJSB berkata ia terdiri daripada gabungan pegangan ekuiti, hartanah dan aset perladangan yang tidak tersenarai.

Aset harta yang dipindahkan ke UJSB termasuk 0.63 hektar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Tanah itu dibeli oleh TH pada harga RM188.5 juta atau RM2,760 satu kaki persegi (psf), jauh lebih tinggi daripada yang dibayar oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada harga RM75 psf (atau RM5.1 juta untuk 0.63 hektar).

“UJSB kemudian membeli tanah TRX dari TH pada harga RM400 juta atau RM5,856 psf, yang tidak mencerminkan nilai pasaran sebenar tanah itu. Pertimbangan pembelian dilakukan pada premium yang signifikan (112.2 peratus) kepada yang dibayar oleh TH pada April 2015 (RM188.5 juta atau RM2,760 psf),” katanya.

Dalam penilaian yang dibuat pada Mac 2019, nilai pasaran tanah TRX itu hanya berjumlah RM205 juta.

Perbezaan besar antara nilai pasaran dan nilai pembelian tanah (95 peratus premium berbanding nilai pasaran), serta semua aset lain yang diperoleh oleh UJSB, diperlukan untuk memastikan pelan penyelamat dan penyusunan semula LTH berjaya.

Secara keseluruhannya, UJSB akan menanggung kerugian ketara akibat caj kemerosotan nilai yang dianggarkan melebihi RM10 bilion untuk aset yang diperoleh dari TH.

Urus niaga tanah TRX itu sahaja akan menyebabkan caj kemerosotan sebanyak RM195 juta.

“Susulan pemindahan aset yang kini selesai, UJSB akan meneruskan mandat dan tujuannya bagi menjalankan pemulihan dan penstrukturan semula aset di bawah jagaannya, memaksimumkan nilai pemulihan aset dan menebus semua instrumen kewangan yang dikeluarkan oleh UJSB dan dilanggan oleh TH tepat pada masanya.” katanya. – BERNAMA