Bagaimana Bank Lepaskan Cek Pakai Tandatangan Cop??

Agak menarik dalam perbicaraan kes Presiden UMNO di mahkamah Shah Alam pada hari ini apabila pihak forensik mengesakan bahawa tandatangan atas cek yang dikeluarkan oleh Yayasan Akalbudi adalah tandatangan yang menggunakan cop.

Persoalannya sekarang, sekiranya benar wang telah dikeluarkan menggunakan cek tersebut, bagaimana ia boleh dilepaskan oleh pihak bank sedangkan setiap cek mestilah ditandatangani oleh orang yang dipertanggungjawabkan

Laporan pihak Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa cek ditandatangani menggunakan cop sepertimana yang digunakan untuk kegunaan pada kad hari raya atau kad2 lain.

Mengikut prosedur bank, setiap pemilik perlu pengesahan tandatangan yang akan digunakan ke atas cek dan apabila cek dikeluarkan hanya tandatangan sah yang akan diterima.

Takkan pihak bank boleh tak tau sama ada tandatangan tersebut menggunakan cop atau dengan menggunakan tangan si pemilik tandatangan berkenaan.

Ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku dan ianya sudah pasti adalah untuk mengenakan DS Zahid Hamidi dengan tuduhan palsu semata2.

Semoga Allah membuka kebenaran dan yang pastinya doa orang teraniaya tiada hijab.

Sharul Kamal
2 Disember 2019