Beza Lim Guan Eng dengan Menteri Kewangan sekarang

Kecekapan Menteri Kewangan hari ini iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz wajar dipuji kerana beliau yang merupakan seorang tokoh korporat dilihat lebih bijak menguruskan kewangan negara tanpa memberi pelbagai alasan bersifat politik.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan hal ini dapat dilihat apabila kerajaan masih mampu membelanjakan kira-kira RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa minggu lalu.

Menerusi pakej ini, kata Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, pelbagai inisiatif yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi dalam menghadapi cabaran ekonomi ketika ini. Inisiatif yang diberikan Kerajaan kepada rakyat ini turut mendapat pujian daripada beberapa negara termasuk Indonesia.

“Yang hairannya, semasa kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), hampir setiap hari Kerajaan dan Menteri Kewangan ketika itu memainkan naratif menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia hampir muflis,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kononnya Malaysia menghadapi defisit kewangan yang teruk hinggakan satu persatu pakej bantuan kepada rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ditarik balik atau dikurangkan jumlahnya,” katanya.

Kelmarin, di media-media massa terpapar berita kenyataan daripada kerajaan hari ini bahawa Malaysia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi kemelut ekonomi dek kerana Covid-19 ini.

Ujarnya, kenyataan Datuk Seri Tengku Zafrul itu sekali gus menyanggah tuduhan Kerajaan PH sebelum ini bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada keadaan yang teruk.

“Ini adalah satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

​”Daripada kenyataan Menteri Kewangan itu, sekali gus ia membezakan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan kewangan negara berbanding Lim Guan Eng sebelum ini yang lebih gemar bermain retorik politik,’ jelas Mohd Zaidy..Kecekapan Menteri Kewangan hari ini iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga wajar dipuji kerana beliau yang merupakan seorang tokoh korporat dilihat lebih bijak menguruskan kewangan negara tanpa memberi pelbagai alasan bersifat politik.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan masih mampu membelanjakan kira-kira RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu lalu.

Menerusi pakej ini, pelbagai inisiatif yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi dalam menghadapi cabaran ekonomi ketika ini. Inisiatif yang diberikan Kerajaan kepada rakyat ini turut mendapat pujian daripada beberapa negara termasuk Indonesia.

Yang hairannya, semasa Kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), hampir setiap hari Kerajaan dan Menteri Kewangan ketika itu memainkan naratif menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia hampir muflis.

Kononnya Malaysia menghadapi defisit kewangan yang teruk hinggakan satu persatu pakej bantuan kepada rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ditarik balik atau dikurangkan jumlahnya.

Hari ini, di media-media massa terpapar berita kenyataan daripada kerajaan hari ini bahawa Malaysia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi kemelut ekonomi dek kerana Covid-19 ini.

Kenyataan daripada Datuk Seri Tengku Zafrul ini sekali gus menyanggah tuduhan Kerajaan PH sebelum ini bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada keadaan yang teruk.

Ini adalah satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia.​

Daripada kenyataan Menteri Kewangan itu, sekaligus ia membezakan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan kewangan negara berbanding Lim Guan Eng sebelum ini yang lebih gemar bermain retorik politik.

Pengalamannya dalam dunia korporat terutamanya bidang perbankan membuatkan Datuk Seri Tengku Zafrul lebih meyakinkan dalam menguruskan kewangan negara.

Ini jelaslah bahawa, naratif yang digunakan oleh Lim Guan Eng sebelum ini yang memburuk-burukkan ekonomi negara hingga menakutkan pelabur asing adalah bersifat politik semata-mata.

Matlamatnya hanya mahu menabur persepsi di kalangan rakyat serta mahu menutup kelemahannya dalam menguruskan ekonomi negara.

Dengan itu, ini menunjukkan bahawa Kerajaan hari ini memilih untuk tidak memberi pelbagai alasan. Sebaliknya lebih banyak mencari jalan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Paling penting, kita bernasib baik mempunyai seorang Menteri Kewangan yang lebih baik, jujur dan ikhlas daripada Menteri Kewangan sebelum ini.

Jelas dan nyata, pemimpin Kerajaan hari ini, sepadan dengan sebuah peribahasa Melayu iaitu duduk seperti kucing tetapi melompat seperti harimau. Ini membawa maksud, mereka lebih banyak bekerja dan berfikir daripada hanya bercakap kosong.

DATO’ MOHD ZAIDY ABDUL KADIR
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan