Bidas Mahathir: DAP putuskan tiada tindakan ke atas Liu – Pemimpin PPBM terima sahaja?

Bulan lepas, ramai pemimpin PPBM mahu PH ambil tindakan ke atas pemimpin DAP Ronnie Liu kerana mengeluarkan dua kenyataan untuk mengecam PM ke-7 siap dengan gelaran Harimau Kertas.

Masa itu, PPBM sangat marah. Ada yang melompat-lompat marah lalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasmi.

Tapi Guan Eng redakan keadaan dengan kata DAP akan rujuk Ronnie Liu kepada lembaga disiplin parti.

Hari ini, DAP kata tiada apa-apa tindakan perlu diambil ke atas Ronnie

Pemimpin-pemimpin PPBM pun telan sahaja.

Mana berani lawan?

………….
Bidas Mahathir: DAP putuskan tiada tindakan ke atas Liu

Jawatankuasa disiplin DAP hari ini menerima penjelasan Ronnie Liu mengenai artikelnya yang membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi jawatankuasa itu, Chong Chieng Jen berkata Adun Sungai Pelek itu telah memberi maklum balas yang panjang lebar berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya.

“Kami telah meneliti penjelasannya dan jawatankuasa ini menerima penjelasannya,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Pada catatan sama, Chong berkata jawatankuasa itu menasihatkan semua anggota DAP pada masa akan datang untuk tidak mengeluarkan kritikan terbuka terhadap rakan gabungan mereka tetapi sebaliknya menggunakan saluran dalaman untuk menyelesaikan perbezaan.

Bulan lalu, setiausaha penganjur DAP Anthony Loke merujuk Liu kepada jawatankuasa disiplin mengenai artikelnya yang diterbitkan dalam Malaysiakini berjudul Mahathir: The paper tiger.

BACA sini

Menyifatkannya sebagai pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian DAP, Loke, yang juga menteri pengangkutan, menegur Liu kerana membuat kenyataan “tidak bertanggungjawab” itu.

Katanya, tindakan Ronnie itu sangat serius dan juga sebagai sabotaj parti.

Liu dalam artikelnya membidas Dr Mahathir Mohamad dan berkata sekiranya pengerusi Bersatu itu cuba memecahkan PH – DAP, PKR, Amanah, Warisan dan Upko – masih boleh bergabung dan membentuk kerajaan baru – tanpa Bersatu. – Malaysiakini