Cameron Highland: Kegagalan DAP dan PKR

Isu CH bukanlah isu MIC vs MB Pahang, tetapi ianya lebih kepada kegagalan DAP dan PKR dalam kerajaan membela nasib kaum India di Kuala Terla.

YAB Menteri Besar bersama pimpinan MIC ketika itu sudah hampir mencapai kata persetujuan penyelesaian terbaik akan tetapi segelintir peneroka telah dihasut oleh DAP dan PKR untuk membawa isu tanah terbabit ke Makhamah.

Mereka telah gagal di Makhamah dan Makhamah telah putuskan 1 keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Selepas gagal mereka yang menghasut peneroka telah hilang tanpa berita dan MIC mengambil tanggungjawab membela nasib peneroka disitu.

Pada 16 Disember Timbalan Perdana Menteri melalui MKN telah mengarahkan tindakan dijalankan di kawasan terbabit dan tercetus satu konflik kecil yang jika diikutkan berpunca dari penduduk yang membawa kes tersebut ke Makhamah.

Tindakan Presiden MIC mengarahkan semua Ahli Majlis PBT MIC di Negeri Pahang meletakan jawatan adalah 1 langkah terpuji dan memberi isyarat jelas kepada pemimpin kaum India dari DAP dan PKR supaya lebih bertanggungjawab keatas nasib kaum India di negara ini dan jika gagal mereka Wajib melepaskan jawatan mereka.

Untuk rekod kerusi menteri dan timbalan menteri dari kaum India di zaman Malaysia Baru ini adalah lebih banyak dari zaman BN akan tetapi tiada seorang pun dari kalangan mereka mampu membela nasib kaum India dan ianya amat memalukan.