Chow Kon Yeow sekali lagi menafikan Muzium Komik itu bukan milik kerajaan DAP Pulau Pinang

Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow sekali lagi menafikan Muzium Komik yang merupakan penerbit komik propaganda haram itu bukan milik kerajaan DAP Pulau Pinang dan DAP tidak ada kaitan dengannya.

Dia jawab di DUN Pulau Pinang hari ini bahawa Muzium Komik telah tersalah letak papan tanda bahawa Muzium itu milik syarikat PYDC Strategies yang merupakan syarikat milik kerajaan negeri di mana Lim Guan Eng pernah menjadi pemilik saham dan pengarah syarikat tersebut.

Dia kata dia akan mengarahkan Muzium Komik itu memperbetulkan “kesilapan” dengan membuang papan tanda tersebut.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/11/07/comic-museum-not-owned-by-any-penang-govt-agency-says-cm/

Chow juga jawab bahawa kerajaan Pulau Pinang cuma membayar sewa untuk Muzium itu sejak bulan April 2016 walaupun muzium itu bukan milik kerajaan negeri.

Aneh betul.

Papan tanda itu sudah di sana sejak bulan April 2016.

Muzium itu juga terletak di bangunan KOMTAR milik kerajaan negeri.

Pejabat kerajaan negeri termasuk pejabat ketua menteri juga ada di KOMTAR.

Tetapi tidak ada seorang pun mengetahui “kesilapan” ini selama bertahun-tahun?

Baiklah, kita abaikan fakta bahawa CEO syarikat PYDC pernah kata dalam satu wawancara media pada tahun 2016 bahawa Muzium itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dan diurus oleh kerajaan negeri.

“The museum is a Penang state government project managed by state agency, Penang Youth Development Corporation (PYDC).
https://www.malaymail.com/news/life/2016/03/27/the-serious-business-of-comics-at-asia-comic-cultural-museum/1087739

Kita percaya Chow Kon Yeow kerana dia tidak akan mengelirukan dewan atau membohong dalam DUN negeri.

Kita percaya dia bahawa Muzium komik ini bukan milik kerajaan DAP negeri tetapi milik swasta.

Tetapi persoalannya ialah kenapa pula kerajaan negeri baik sangat untuk menggunakan wang rakyat untuk biayai perniagaan swasta selama bertahun-tahun?

Keluasan muzium yang bossnya Superman Hew Kuan Yau itu adalah 13,000 kaki persegi dan harga pasaran sewa di KOMTAR ialah RM5 satu kaki persegi sebulan.

Bermakna sewa bulanan adalah sebanyak RM65,000. Saya juga percaya kos bulanan terbesar muzium itu juga adalah kos sewa.

Ini bermaksud sejak dibuka sehingga kini, kerajaan DAP telah menyumbang RM2.73 juta kepada muzium itu sehingga kini.

Muzium itu mengenakan caj kemasukan sebanyak RM20 seorang dan dikuat promosi oleh kerajaan negeri juga.

Persoalannya begini:

Jika muzium itu benar-benar milik swasta, kenapa kerajaan DAP baik hati sangat untuk menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos berjuta-juta ringgit manakala hasil kutipan disimpan oleh syarikat swasta.

Banyak cantik.

Kos dibiayai oleh wang rakyat.

Hasil pendapatan, syarikat swasta ambil.

Dan syarikat swasta itu pula dimilik oleh orang kuat DAP.

Adakah ini rasuah dan penyelewengan wang Rakyat?

Jika Muzium itu milik kerajaan Negeri, ianya bermakna DAP terlibat dalam propaganda komunis.

Dan jika Muzium itu bukan milik kerajaan negeri, maksudnya DAP terlibat dalam rasuah dan penyelewengan wang Rakyat.

DAP sila pilih jawapan yang paling tepat.

Facebook Najib Razak