COVID-19: PKPD di Selangor dan Malayan Mansion, Kuala Lumpur

  • 15 kes positif Covid-19 di kesan.
  • Melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 15 kes positif jangkitan COVID-19 di bangunan Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order).

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 7 April 2020 sehingga pengesanan ini tamat.