Covid-19: Database penerima BSH sudah ditapis berkali-kali oleh rejim PH yang kedekut – Najib Razak

Saya tahu ramai yang hilang pendapatan sedang mengeluh dengan pelanjutan PKP ke 14 April.

Kerajaan PN akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh pada hari Jumaat.

Sebab itu, kita bersabar untuk dua hari lagi.

Hari Jumaat, PM8 akan umum.

Dan saya harap kerajaan PN akan menyalurkan bantuan ini sebaik sahaja ianya diumumkan kerana hari Jumaat adalah hari ke-10 PKP berjalan.

Peniaga kecil, pekerja harian, petani, peladang, dan sebagainya yang sudah hilang pedapatan selama 10 hari amat perlu bantuan tunai yang mencukupi dengan segera.

Kerajaan tidak boleh kedekut dan perlu bertindak pantas pada masa ini.

Selain bantuan yang diumumkan, mekanisme untuk menyalurkan bantuan kerajaan juga sangat penting.

Kerajaan tidak boleh bergantung kepada database penerima BSH sahaja apabila menyalurkan bantuan kerana ianya sudah ditapis berkali-kali oleh rejim PH yang kedekut dan sangat berkira sehingga ramai yang patut dibantu telah hilang kelayakan termasuk orang bujang di bawah umur 40 tahun dan ibu tunggal.

Pantang untuk gunakan database BSH ini sahaja,

Gunakanlah database yang lebih menyeluruh dan meluas.

Lagi besar database, lagi ramai yang boleh dibantu dengan serta-merta.

Proses rayuan bagi mereka yang tidak menerima bantuan kerajaan juga patut dipermudahkan dan dipercepatkan.

Pada masa kritikal ini, apakah dosa kerajaan jika tersalah bantu orang yang kononya tidak layak dibantu?

Masa ini bukan masa untuk berkira jika seseorang itu layak atau tidak layak.

Ianya lebih baik untuk tersalah bantu 2 orang yang tidak layak berbanding gagal membantu seorang yang memang memerlukannya.

Kerajaan BN dahulu masa saya PM meninggalkan rizab dan kekayaan negara yang besar.

Inilah masa ianya digunakan untuk membantu seberapa Rakyat yang mungkin.

Jangan bimbang.

Kerajaan boleh membina semula Rizab dan kekayaan negara selepas krisis Covid berlalu.

Dulu kita mampu bina, masa depan pun kerajaan mampu bina semula.

(Cuma pada masa depan, jangan lantik lagi seorang Menteri Kewayangan yang hanya reti jualkan semua dan langsung tak tahu dia sedang buat apa)

Sumber
Facebook Najib Razak
25 Mac 2020