Dr Mahathir kembali ke Perdana Putra, wajah berubah

PUTRAJAYA – Setelah bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah di Istana Negara, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bangunan Perdana Putra jam 12.25 tengah hari.

Tidak seperti pagi tadi, beliau tidak senyum dah hanya melambai kepada para pengamal media dan wartawan yang membuat liputan, hari ini.

Kelihatan riak wajah bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sedikit berubah. – MalaysiaGazette