Drama terkini terbitan Menteri Kewayangan – Najib Razak

Apa punya perangai DAP ini?

Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) telah berbakti selama berpuluh tahun dengan menyediakan pendidikan murah kepada 200,000 warga Malaysia.

Antara yang pernah menerima manfaat dari KUTAR termasuk pemimpin-pemimpin PH termasuk Menteri Teresa Kok, Menteri Salehuddin Ayub dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang menerima pendidikan tinggi mereka di sana.

(Ya, KUTAR bukan hanya untuk bangsa Cina. Tahukah anda bahawa KUTAR ada 500 pensyarah dan pekerja orang Melayu? Berpuluh ribu orang Melayu termasuk cucu PM ke-7 juga pernah menerima pendidikan mereka di KUTAR)

Oleh kerana DAP lawan dengan MCA, Menteri Kewayangan menurunkan peruntukan tahunan kepada KUTAR dari RM30 juta kepada RM1 juta setahun – bermakna setiap 28,000 pelajar KUTAR sekarang menerima 9.78 sen sehari.

Alasan Menteri Kewayangan berbuat demikian ialah kerana dia tidak mahu pendidikan dikaitkan dengan parti politik.

Dengan alasan ini, dia pun memberi RM40 juta kepada persatuan Alumni KUTAR yang paling kecil yang asetnya cuma RM10,000 kononnya duit itu adalah untuk KUTAR.

Lagi kelakar ialah dia nafikan pemimpin-pemimpin alumni itu adalah kroni-krnoni dia walaupun jelas mereka dekat dengan PH sehingga memberi RM100,000 kepada tabung harapan.

Lepas itu, Menteri Kewayangan kata mereka bukan kroni dia kerana pemimpin-pemimpin alumni itu adalah ahli MCA!

Alasan Guan Eng untuk hentikan peruntukan terus kepada KUTAR ialah tidak mahu Kolej itu dikaitkan dengan politik.

Tetapi dia beri RM40 juta untuk dijaga oleh pemimpin alumni yang juga ahli MCA pulak!

Berbelit-belit lidah Menteri kewayangan kita.

Apabila orang ramai tampil ke depan untuk menolong KUTAR dengan menyumbang makanan dan barang-barang untuk dijual bagi mengumpul dana untuk KUTAR, kerajaan PH kacau pula.

Semalam, penjualan itu dihentikan oleh kerajaan PH dan barang-barang pula dirampas sebaik sahaja gerai itu dibuka.

Antara yang dirampas ialah bun dan roti dengan alasan tempat itu tidak sesuai untuk penjualan.

Hanya penjualan KUTAR itu dihentikan dan dirampas. Gerai-gerai disebelah tidak diganggu – jelas menunjukkan penjualan untuk KUTAR sahaja disasarkan.

Naj jual barang untuk memanfaatkan Kolej dan pelajarnya pun PH sanggup tindas?

Kejam sungguh kerajaan PH ini.

Jangan fikir kamu selalu akan di atas.

Rakyat akan hukum korang atas kezaliman ini.

Najib Razak
22 Disember 2019