[Video] Ekspo Tattoo Malaysia: Peserta hampir telanjang bulat

Kuala Lumpur – Ekspo Tattoo Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dikritik netizen gara-gara pesertanya menayangkan tattoo pada badan mereka dengan keadaan hampir telanj@ng bulat, hanya bahagian puting payudar@ ditutup dengan pita pelekat dan manakala bahagian kemalu@n hanya ditutup menggunakan  tali ( G-string).

Acara 3 hari yang berakhir semalam itu  menampilkan lebih 60 artis tattoo dari seluruh pelusuk dunia itu turut mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeb) di bawah kategori Mice (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions).

Terdahulu video berdurasi 12 saat yang menampilkan dua peserta wanita hampir telanj@ng bulat itu dinaikkan di laman facebook rasmi Malaysia Tatto menjadi tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, video tersebut didapati hilang dari laman facebook tersebut dipercayai telah dipadamkan.

Setakat ini tiada maklum balas dari pihak kementerian berhubung insiden tersebut.

Buletin TTKM
2 Disember 2019