Fakta kes Altantuya Shaariibuu yang ramai terlepas pandang – Najib Razak

Dua point kes Altantuya yang ramai tak tahu:

1. Bahan letupan bukan C4. Bukan diambil dari stor tentera.

2. Peguam pembelaan sendiri yang memilih untuk tidak memanggil DSP Musa Safr sebagai saksi.

———————

Berikut laporan media cetak untuk hujah kenyataan diatas,

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/06/24/altantuya-c4

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa diberitahu tidak pernah dalam kes pendakwaan mengatakan bahawa bahan letupan C4 digunakan untuk pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah pihak pendakwaan tidak pernah mengatakan bahan-bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan C4.

“Kami tidak pernah berkata bahan letupan itu adalah C4. Tetapi mereka ini sejak hari pertama berkata ia adalah C4.

“Kami tidak tahu bagaimana Mahkamah Rayuan boleh menyatakan ia adalah bahan letupan C4,” katanya pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan Altantuya.

Tun Majid berkata UTK tidak pernah menggunakan bahan letupan C4.

Bercakap kepada pemberita kemudian Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang membantu Tun Majid berkata bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan PETN dan RDX.

Pihak pendakwa (Tun Majid) berkata Mahkamah Rayuan terkhilaf berhubung fakta itu kerana gagal memanggil pakar bahan letupan C4 apabila saksi pendakwaan (bekas Timbalan Komander UTK Bukit Aman DSP Mastor Mohd Ariff) memberi keterangan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi bahawa UTK tidak menggunakan bahan letupan C4.

Beliau berhujah Mahkamah Rayuan sekali lagi terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa tiada bukti Azilah mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bahan letupan itu pada sebarang masa sebelum dia ditangkap tanpa mengaitkan keterangan Mastor bahawa Azilah dan Sirul Azhar mempunyai peluang mencukupi untuk memiliki bahan letupan yang tidak digunakan semasa latihan.

Tun Majid juga berhujah DSP Musa Safri, yang merupakan pengiring timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu (sekarang perdana menteri), tidak dipanggil sebagai saksi kerana peranannya hanya semata-mata memperkenalkan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda kepada anggota polis untuk menjaga keselamatan rumah beliau.

Beliau berkata pihak pendakwa juga menawarkan Musa sebagai saksi pembelaan tetapi tidak diterima, sambil menambah bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dalam memutuskan isu pihak pendakwaan tidak memanggil Musa sebagai saksi pada peringkat perbicaraan.

Najib Razak
18 Disember 2019