Guan Eng sah kan hutang negara makin bertambah – Najib Razak

Guan Eng keluarkan siaran media pagi ini

Dia mengesahkan hutang langsung dan jaminan hutang kerajaan sudah naik sejak PH ambil alih.

Dia kata nisbah hutang langsung negara kepada KDNK naik 2.5% dari 50.1% pada akhir tahun 2017 ke 52.6% pada akhir bulan Jun 2019.

Sebenarnya, nisbah ini sudah jatuh ke 48.7% pada akhir suku 1 taun 2018 masa BN (ini yang Guan Eng tak mahu sebut) – bermakna nisbah hutang langsung sudah naik 3.9% dalam tempoh 19 bulan PH memerintah.

Guan Eng juga mengesahkan jaminan hutang kerajaan juga telah naik 3% dari 7.4% akhir 2017 ke 10.4% pada akhir Jun 2019.

Dulu Guan Eng kata kerajaan BN sembunyikan hutang negara di belakang jaminan hutang.

Dia kata jaminan hutang juga adalah hutang juga tapi sekarang dia naikkan dengan kadar lagi cepat pulak.

Kategori yang dia umum telah jatuh dengan banyak ialah “Liabiliti lain (PPP, PBLT, PFI)” yang tiba-tiba jatuh 7 point dari 19% ke 12%.

Saya telah banyak kali persoalkan kategori “liabiliti lain” ini dan mendakwa ini adalah cara Guan Eng untuk sembunyikan kenaikan sebenar hutang negara.

Kerana kategori ini tidak pernah dilaporkan dalam mana-mana laporan Jabatan Perangkaan Malaysia atau Bank Negara Malaysia.

Negara-negara lain juga tidak pernah mengambil kira kategori ini dalam laporan hutang mereka.

Selepas 19 bulan memerintah, Guan Eng tak pernah perincikan apa yang ada dalam liabiliti ini dan bagaimana liabiliti ini jatuh begitu banyak.

Liabiliti mana yang sudah jatuh?

Sendiri kira, sendiri syiok ke?

Tapi bahagian yang paling lawak dalam siaran media ini ialah Guan Eng kata dia difitnah bahawa hutang negara telah naik RM245 bilion.

Dia kata hutang langsung negara cuma naik RM94.1 bilion sahaja sejak dia memerintah sehingga akhir bulan Jun 2019
– iaitu dalam tempoh 14 bulan.

(sebenarnya lebih tinggi dari ini tapi tak apalah memandangkan dia mengaku RM94.1 bilion)

Ye lah tu. Naik RM94.1 bilion SAHAJA dalam tempoh 14 bulan.

Dulu, dia kata hutang 1MDB (yang banyak aset) RM32 bilion itu akan mufliskan negara.

Tapi kenaikan RM94.1 bilion sahaja dalam masa 14 bulan ini tak bankrapkan negara pulak sekarang.

Saya tak pasti siapa yang “fitnah” dia bahawa hutang negara telah naik RM245 bilion tapi jika kita ambil kira:

– Hutang langsung naik RM94.1 bilion;
– pengakuan dari dia bahawa jaminan hutang juga naik dengan kadar lagi cepat berbanding hutang langsung (dia sendiri yang kata jaminan hutang adalah hutang);
– penjualan aset negara RM50 bilion; dan
– Duit Petronas RM82 bilion (belum campur RM24 bilion yang dirancang untuk ambil tahun depan) yang dijarah.

Ini dah mencecah RM250 bilion.

Itupun dalam tempoh 14 bulan sahaja setakat akhir Jun 2019.

Aset negara yang ditambah entah apa.

Bantuan-bantuan rakyat dimansuh atau dikurangkan.

Yang Rakyat dapat ialah kenaikan 1-2 sen seminggu harga minyak, cukai digital 6% dan kenaikan harga air tahun depan.

Facebook Najib Razak
6 Disember 2019