Guan Eng tuduh Tuan Ibrahim penipu?

Eh.. Guan Eng buat lupa-lupa dengan surat persetujuan PM ke-7 kepada Ketua Menteri DAP Pulau Pinang bertarikh 15 Okt 2019 pulak.

Hari ini, Menteri Kewayangan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk membidas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dia dakwa Tuan Ibrahim menipu kerana Pulau Pinang tidak diberi dana RM10 bilion.

Guan Eng kata peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2020 untuk Pulau Pinang hanya RM979.5 juta, bukannya RM10 bilion, dan ianya lebih kecil dari peruntukan untuk Kelantan (RM1.5 bilion) dan Terengganu (RM1.2 bilion).

OK.

Kita ketepikan fakta bahawa saiz negeri Kelantan (17,100 km²) dan Terengganu (13,035 km²) adalah melebihi 10 kali ganda saiz Pulau Pinang (1,048 km²) dan memerlukan lebih banyak dana untuk dibangunkan.

Tetapi kenapa Guan Eng sudah lupa bahawa PM ke-7 memberi surat jaminan bertarikh 15 Okt 2019 kepada negeri Pulau Pinang untuk menjamin dana untuk projek kroni Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion?

Projek PTMP yang termasuk terowong ajaib dan lebuhraya PIL paling mahal dalam sejarah Malaysia (kos pembinaan RM460 juta satu kilometer) itu projek kesayangan Guan Eng dan diwujudkan masa dia Ketua Menteri.

Buat-buat lupa kah?

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sudahpun mengaku wujudnya surat jaminan dari PM ke-7. Guan Eng bila lagi?

Chow kata dengan jaminan kerajaan pusat dari PM ke-7 itu, sebagai permulaan kerajaan Pulau Pinang akan menerbitkan bon pinjaman bernilai RM10 bilion tahun depan untuk memulakan projek PTMP itu.
https://www.sinarharian.com.my/…/Pulau-Pinang-tubuh-SPV-unt…

Guan Eng sedia beri jaminan kerajaan pusat sebanyak RM46 bilion kepada negeri Kelantan, negeri Terengganu atau mana-mana negeri lain di Malaysia juga?

Kenapa Pulau Pinang dapat dan negeri-negeri lain tak ada?

Sarawak perlu dana untuk memulihkan sekolah-sekolah daif pun, Guan Eng suruh kerajaan Sarawak bayar dulu.

Sumber

Facebook Najib Razak