“Hadi Awang Tok Guru Celaka,” kata ahli lembaga pengarah YADIM

0
9
  • Kenyataan tersebut dipercayai sebagai maklumbalas terhadap keputusan kerajaan melantik Abdul Hadi sebagai Duta Khas
  • Kesian meroyan, YB PH meroyan. Orang yang undi lagi-lagi meroyan. Bodoh tu sinoan sikit untuk anak cucu
  • Tidak cukup dengan itu, Ahmad Sayuti turut mendakwa Abdul Hadi adalah seorang Tok Guru politik yang pembohong
  • Ahmad Sayuti adalah merupakan lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi mewakili parti Amanah Negara (PAN)

Salah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seorang yang hina dan celaka.

Ahmad Sayuti Bashiron berkata demikian melalui satu kenyataan ringkas di laman Facebook semalam.

“Duta bertaraf menteri? Akhirnya, termakbul sudah habuan atas persekongkolan sebuah pengkhianatan politik penuh hina & celaka bersama seorang Tok Guru.

“Rakyat sedang menyaksikan episod seterusnya kaffarah itu,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut dipercayai sebagai maklumbalas terhadap keputusan kerajaan melantik Abdul Hadi sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Untuk rekod Ahmad Sayuti adalah merupakan lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi mewakili parti Amanah Negara (PAN).

Tidak cukup dengan itu, Ahmad Sayuti turut mendakwa Abdul Hadi adalah seorang Tok Guru politik yang pembohong.

“Huh susah juga rupanya nak terjemah verbatime “surat pada ulamak arab” oleh si duta pengkhianat ini.

“SABAR..! Nanti bila siap, antum baca & nilailah sendiri betapa kakibohongnya Tok Guru politik kamu itu. Seolahnya dia sedang bertapa di ‘gua asing’ yang bebas-sebebasnya menipu dunia lalu terhijab diri dia dari segala #DOSANYA,” bidasnya lagi.

Tinjauan SuaraTV di ruangan komen mendapati pula mendapati, majoriti netizen mendesak agar Ahmad Sayuti meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sambil membidasnya sebagai meroyan.

“AlhamduLillah PH DAP PAN PKR dah tumbang di Putrajaya. Teruskan doa kehancuran DAP PH dan gabungannya,” tulis Mohd Mokhtar Suleiman.

“Tumpang tanya, bila nk letak jawatan dalam Yadim? Takkan nak ambik elaun dari kerajaan haram kan? Kalau dah letak jawatan, ok lah,” bidas Ahmad Shaharudin Omar.

“Kesian meroyan, YB PH meroyan. Orang yang undi lagi-lagi meroyan. Bodoh tu sinoan sikit untuk anak cucu,” sindir Syazwan Wahid pula. – Suara TV