Ini satu lagi contoh kerajaan PH tak reti cari duit dan hanya tahu jual aset – Najib Razak

0
2

Syarikat milik Khazanah, UEM Sunrise mula berkembang ke Australia pada tahun 2014 dengan membeli tiga bidang tanah di bandar Melbourne, Australia dengan harga AUS$122 million (RM365 juta).

Dengan 3 bidang tanah ini, UEM Sunrise melancarkan 3 projek bangunan yang bernilai RM5 bilion.

Projek pertama, Aurora Melbourne Central merupakan bangunan 92 tingkat dan antara tertinggi di bandar itu dilancarkan pada tahun 2014 dan siap pada tahun lepas.

Nilai pembangunan projek pertama sebanyak RM2.4 bilion.

Projek kedua yang bermula pada tahun 2015 ialah projek bangunan 42 tingkat bernama Melbourne Conservatory.

Projek ini juga telah siap tahun lepas.

Nilai pembangunan projek kedua adalah RM1.2 bilion.

Projek ketiga bernama Mayfair pula bernilai RM1.4 bilion dan dilancarkan pada tahun 2017.

Projek ketiga ini telah mencapai tahap penjualan 40%.

Ketiga-tiga projek ini amat berjaya dan memberi keuntungan sangat besar kepada UEM Sunrise.

Bangga juga apabila nama milik kerajaan Malaysia UEM Sunrise dipaparkan di langit bandar Melboune semasa bangunan-bangunan tersebut dibina.

Tetapi projek ketiga Mayfair telah dibatalkan secara tiba-tiba dua bulan dahulu dan UEM Sunrise mengumumkan bahawa mereka akan memulangkan wang bayaran berserta faedah kepada pembeli-pembeli.

Reputasi UEM Sunrise sebagai pemaju di Australia juga akan terjejas.

Mana ada pembeli yang akan yakin jika projek yang telah 40% dijual dan berjalan selama dua tahun tiba-tiba dibatalkan?

UEM Sunrise to refund buyers
https://www.nst.com.my/property/2019/08/512935/uem-sunrise-refund-buyers

Semalam, UEM Sunrise mengumumkan bahawa tanah projek Mayfair itu SUDAH DIJUAL.

http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=98707&name=EA_GA_ATTACHMENTS

Di jual kepada syarikat Australia yang merupakan pemegang amanah untuk sebuah syarikat Singapura.

Syarikat Singapura itu pula merupakan pemegang amanah untuk individu-individu tidak dinamakan.

Jual tanah, refund pembeli. Dapat keuntungan RM54 juta.

Sedangkan nilai pembangunan projek Mayfair ini adalah sekitar RM1.4 bilion jika projek ini diteruskan.

Mereka tak mahu pendapatan RM1.4 bilion jika projek itu diteruskan.

Mereka tak mahu reputasi baik UEM Sunrise di Australia terus dikekalkan dan perniagaan Australia mereka yang berjaya selama ini diteruskan.

Mereka hanya mahu keuntungan jangka pendek RM54 juta.

Amat sayang bahawa syarikat UEM Sunrise tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan kejayaan mereka dan menjana keuntungan setelah berjaya mencipta nama mereka di pasaran Australia.

Nampaknya usaha kerajaan BN membina aset negara selama ini adalah hanya untuk PH menjual supaya boleh mendapat sedikit keuntungan.

Bukan sahaja projek UEM Sunrise yang sudah 40% siap dibatal dan tanah projek itu dijual tetapi syarikat UEM Sunrise juga dilaporkan akan dijual oleh kerajaan PH kepada pihak swasta.

Sumber
Facebook Najib Razak