Jelutong membuta tuli balun MCA

YB Jelutong ini berterusan mencetuskan provokasi dalam Dewan Rakyat apabila menuduh MCA berhubung isu berkaitan bendera dalam kejohanan bola keranjang yang tular baru-baru ini. Seolah-olah MCA tidak patriotik. Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) buat silap, MCA pula dikutuk!

Jelas di sini Jelutong suka melenting membuta tuli tanpa membuat ‘homework’ sebelum membuka mulutnya. Dia kata MCA tak keluarkan kenyataan berhubung isu ini sedangkan pada 26 November 2019, Jurucakap MCA sudah pun mengeluarkan pendirian parti.

http://www.mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=26-112019-174297-11-201926&_param2=TS

Nampaknya PH semakin kerap menyerang MCA selepas kekalahan teruk mereka pada PRK Tanjung Piai. Tapi malangnya, kritikan mereka tidak bersandarkan fakta dan kebenaran. Lebih kepada persepsi dangkal, sama seperti PH bergelar pembangkang dulu.

Logiklah sikit Jelutong. Mana mungkin MCA tak patriotik. Sedarkah Jelutong bahawa MCA bersama UMNO dan MIC dalam parti Perikatan dulu merupakan parti yang menuntut kemerdekaan negara? DAP ditubuhkan selepas negara merdeka. Sudah lupa sejarah ke?

Memang Presiden MABA sudah memohon maaf secara terbuka, kesilapan besar MABA ini mestilah ditanggung oleh MABA sendiri. Insiden ini tidak harus dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Apa jua alasan oleh penganjur kejohanan MABA, tiada maaf bagi kontraktor multi-media yang melakukan kesilapan ini!

Hari ini, saya sekali lagi menegaskan di dalam Dewan Rakyat bahawa tidak kira siapa, kejohanan bola keranjang atau Taekwondo, latar belakang individu samada kenalan orang Kerajaan atau pembangkang, kalau mengibarkan Jalur Gemilang secara salah tetap dikecam! Yang betul kita kata betul, yang salah kita kata salah, kita tidak menghalalkan yang haram!

Wee Ka Siong