#PRKTanjungPiai: Kad SIM diberi percuma kepada hadirin ceramah PH dihadapan Pemantau SPR dan Polis [Video]

Semalam, saya membongkarkan tindakan PH mengedar kad SIM Celcom pra-bayar secara percuma kepada para hadirin yang hadir pada ceramah PH di PDM Tenggayon.

BACA sini: #PRKTanjungPiai: Kebetulan yang terancang lagi ke?
https://muafakatnasional.net/prktanjungpiai-kebetulan-yang-terancang-lagi-ke/

Selepas itu, saya menerima klip video pengedaran kad SIM Celcom secara terang-terangan di hadapan pemantau SPR, polis dan pemerhati pilihan raya.

Saya terkilan mendengar perkataan dan ungkapan seperti “percuma”, “tak payah bayar”, “ada nombor cantik”. Saya pun hairan kenapa ianya dibuat di hadapan pihak berkuasa dan tiada pun sebarang tindakan penguatkuasaan di ambil? Tak tahu apa yang mereka pantau dan perhatikan di sana?

Ya tak ya, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR, memang suka mengadu tentang salahlaku pilihanraya. Apa kata kita serahkan klip video ini untuk dia membuat laporan polis? Rasa-rasa dia akan terima atau tidak?

Kerajaan PH nampaknya semakin berani membuat salahlaku dalam PRK ini dengan alasan-alasan yang tak masuk akal. Tindakan ini dianggap menindas parti pembangkang dan menjadikan pilihan raya kecil kali ini tercemar dengan begitu teruk!

BN akan terus mengumpul segala maklumat tentang salahlaku PH dalam PRK ini dan mengambil tindakan sewajarnya demi menghindar perbuatan keji yang tidak bermoral mengikut definasi PH ketika mereka bergelar pembangkang suatu ketika dulu.

Wahai PH, jangan cakap tak serupa bikin!

#LawanTetapLawan

Wee Ka Siong
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1415222205311946&id=1002345083266329