Kanak-kanak bermain di jalanan Kota Kinabalu cetus kemarahan pengguna

Kumpulan kanak-kanak bermain air pancut di Gaya Street di Kota Kinabalu, Sabah.

KOTA KINABALU: Sekumpulan kanak-kanak yang bermain di sekitar pusat bandar dan mengganggu pemandu kenderaan mencetuskan kemarahan pengguna media sosial, dengan sesetengah mereka menggambarkannya sebagai memalukan.

Video dan gambar sekumpulan kanak-kanak, termasuk beberapa orang daripada mereka tidak berpakaian tersebar di media sosial.

Kanak-kanak dilihat bermain di jalan-jalan di sepanjang lokasi pelancongan popular di Jalan Pantai, sebelum berhenti bermain di air pancut di Gaya Street.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua berkata kehadiran kanak-kanak itu mencemarkan imej Kota Kinabalu di mana industri pelancongannya terjejas akibat wabak koronavirus novel.

Padua berkata polis, jabatan imigresen dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sepatutnya menghalang kanak-kanak tersebut.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga keselamatan bukan sahaja masyarakat tempatan tetapi juga mereka yang melawat Kota Kinabalu,” katanya.

Seorang kakitangan pejabat, Filex Anthony, berkata dia menyedari kanak-kanak itu berjalan-jalan di sekitar kawasan itu sejak beberapa hari lalu.

“Jika mereka tidak bermain di jalanan, mereka akan mengganggu pemandu dengan meminta wang,” katanya.

Seorang penumpang berkata kumpulan tersebut dipercayai anak pendatang asing tanpa izin yang tidak mempunyai apa-apa tetapi bermain di jalanan.

Dua kanak-kanak lelaki tidak berpakaian berlari di persimpangan lalu lintas.