Kenapa Muafakat Nasional digeruni?

0
17

MUAFAKAT Nasional (MN) adalah sebuah nama dan kesepakatan yang cukup berkat. Piagam yang mencantumkan dua hati yang retak bercantum semula. Dua hati yang berjauhan kembali bertaut. Sebuah kesepakatan yang membuat malaikat di langit melaungkan Takbir sehingga bergema ke seluruh penjuru alam. Sebuah amal yang sangat diredhai dan disukai Allah dan orang-orang beriman yang cintakan persaudaraan dan kasih sayang.

Jangan lupa… MN juga adalah sebuah nama dan piagam yang menggetarkan hati syaitan. Sehingga mereka menjerit dan meratap hiba penuh kecewa dan duka, marah dan berang. MN juga telah menyebabkan debaran hati musuh-musuh Allah bertambah kencang. Takut dan kecut serta hati menjadi sakit bagai dihiris sembilu dan kulit dilapah-lapah. Pertimbangan akal menjadi goyah dan goncang serta mata mula berpinar-pinar dan gelap. Saat itu mulut merapu-rapu dan merungut tanpa ulas butir. Pedihnya dirasai berbulan-bulan bagaikan hati direnggut dari tangkainya.

Kenapa begitu…? Itu adalah kerana MN adalah persaudaraan Muslimin yang seagama. dibangunkan atas kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. Apa lagi yang lebih mulia selain berkasih sayang kerana Allah? Bersetia janji untuk membela dan menolong agama Allah.

Oleh itu peliharalah MN ini. MN akan menguatkan Perikatan Nasional (PN) dan MN juga akan menghancurkan harapan PH. Jika MN ini retak dan terbelah, maka PN akan menjadi lemah dan PH akan kembali menjadi gagah. Agama, bangsa dan negara ini tidak boleh membiarkan PH kembali gagah. Rakyat juga tidak boleh membiarkan PH kembali memerintah. Kerana 22 bulan di bawah PH menjadikan kita sudah sangat kenal siapa PH. Jom katakan tidak kepada PH. Jom viralkan kempen ini.

HARAKAHDAILY 26/5/2020