Kerajaan PH saman kerajaan PH untuk memulangkan duit hasil jualan buku kepada kerajaan PH – Najib Razak

Kerajaan PH ini suka membuat kerja giler untuk menyusahkan orang ramai.

Saya bagi contoh kes Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Bhd (ITBM) yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan manakala pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada bulan lepas, SPRM mengeluarkan saman ke atas ITBM untuk menuntut duit 1MDB yang mereka terima dari saya.

Padahal bayaran itu adalah untuk khidmat penterjemahan, menerbit dan membeli buku bertajuk “Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat’.yang kemudiannya diedarkan kepada orang ramai.

Oleh kerana ITBM ini adalah syarikat kerajaan maka mereka pun turut arahan kerajaan untuk mengembalikan wang yang mereka terima dari saya sebagai bayaran membeli buku.

Setelah ini, kerajaan PH pun membuang separuh pekerja ITBM kerana syarikat itu mengalami masalah kewangan dan mengugut nak lingkupkan ITBM ini jika keadaan tidak bertambah baik.

Akhirnya, ITBM terpaksa merayu kepada rakyat untuk membeli buku demi menyelamatkan mereka.

Ya, kerajaan PH saman kerajaan PH untuk memulangkan duit hasil jualan buku kepada kerajaan PH kerana kerajaan PH tuduh syarikat milik penuh kerajaan PH telah melakukan pengubahan wang haram.

Oleh kerana tindakan tak masuk akal kerajaan PH terhadap syarikat kerajaan PH, syarikat kerajaan PH pula terpaksa merayu kepada Rakyat untuk selamatkan syarikat milik penuh kerajaan PH.

Believe it or not!