Kerajaan PH terpaksa mendedahkan prestasi Tabung Haji untuk 6 bulan pertama tahun 2019 dalam parlimen pagi ini.

Kerajaan PH terpaksa mendedahkan prestasi Tabung Haji untuk 6 bulan pertama tahun 2019 dalam parlimen pagi ini.

Dalam 6 bulan pertama 2019:
– TH) jual saham dan harta berjumlah RM1.2 bilion
– pendapatan RM1.32 bilion (6 bulan)
– kenuntungan bersih RM815 juta (6 bulan)
– Jumlah nilai aset TH pada 30 Jun 2019 adalah RM74 bilion.

Semasa mengumumkan Hibah 1.25 peratus paling rendah dalam sejarah, prestasi TH untuk keseluruhan tahun 2018 adalah:
– pendapatan RM4.2 bilion (12 bulan)
– keuntungan RM2 bilion (12 bulan)
– jumlah nilai aset TH pada 31 Disember 2018 adalah RM76.5 bilion.

Jika dibandingkan prestasi 6 bulan pertama tahun 2019 berbanding prestasi tahun 2018:

– Pendapatan jatuh,
– keuntungan jatuh,
– jumlah nilai aset jatuh.

Adakah Hibah tahun 2019 akan lebih rendah berbanding kadar 1.25 peratus tahun lepas?

Dan jika Hibah tahun 2019 tetap rendah, adakah PH akan cuba menyalahkan BN sekali lagi?

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tabung-haji-jual-saham-harta-bernilai-rm1-2-bilion-fuziah-220213

http://www.astroawani.com/berita-dunia/1-25-peratus-hibah-terendah-dalam-sejarah-tabung-haji-203389

Sumber
Facebook Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156419691935952&id=157851205951