Kritikan Zahid terhadap ‘keputusan’ dianggap menghina mahkamah?

0
1

Bagaimana dengan ulasan oleh Perdana Menteri, Menteri dan pemimpin PH mengenai 1MDB yang masih dalam perbicaraan?

…………

Ramkarpal seorang peguam. Saya hanya seorang pembaca cerita-cerita perundangan sahaja.

Bagaimanapun saya tidak faham mengapa kritikan DS Ahmad Zahid Hamidi terhadap keputusan mahkamah membebaskan pemandu yang melanggar sekumpulan penunggang basikal lajak boleh dianggap menghina mahkamah.

Mahkamah telah membuat keputusan dan sehingga kini tiada kenyataan Peguam Negara untuk membuat rayuan.

Justeru sebarang ulasan dan komen mengenai keputusan hakim tersebut tidak seharusnya dianggap sub judice atau menghina mahkamah.

Lebih pelik lagi ialah Ramkarpal langsung tidak membuat sebarang komen atau bantahan ketika rakan-rakan satu partinya mengulas kes 1MDB dan mendahului mahkamah mendakwa Najib Razak telah bersalah.

Sedangkan dalam kes 1MDB jelas Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan pimpinan PH membuat pelbagai kenyataan yang dilihat cubaan mempengaruhi Hakim dan persepi umum. Ini terang-terangan satu subjudice.

Sumber