KWSP semakin tidak bertimbang rasa biarkan pesakit cancer stage 4 datang berurusan guna stretcher

Tular di media sosial apabila seorang pesakit kanser stage 4 (fully bedded/bed ridden) dipaksa berurusan di kaunter seperti biasa! Mana hak sebagai pencarum apabila ingin mengeluarkan duit sendiri di layan teruk seperti ini. Kejadian dilaporkan berlaku di KWSP cawangan Johor Bahru pada 17 September 2019.

Baca kisah penuh yang dipaparkan di facebook adik mangsa Nur Sheila Abdullah

#throwback
Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda

Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu… atau sekadar membantu bagi pencarum yg sehat… klu yg dh sakit & bedded sila bantu diri anda sendiri

Saya n abg saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan kwsp JB. kakak kami seorang pesakit cancer mmg bed ridden…beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yg ada di akaun 1… x byk pun… x smpi 10k… so kami meminta jasa baik pihak pengawai kwsp membuat lawatan ke rmh untuk mendapatkan cop jari secara manual & pengesahan diri pencarum.

Jawapan beliau agak menyedihkan.. beliau kata tidak boleh… pencarum mesti hadirkan diri jgk di pejabat untuk pengesahan cop jari mengunakan mesin mereka, x kesahlah nk dtng naik ambulance & mengunakan stretcher pun blh janji dtng. Allahuakbar… klu kita tgk pun keadaan di pejabat KWSP JB tu mmg xde pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yg hilang upaya untuk berada di situ… yg ada hnya untuk OKU (orng kurang upaya) bkn hilang upaya

Yg menyedihkan lagi, ambulance yg kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dgn alasan x nk menganggu di depan bangunan berpusing2 driver ambulance dan ditanya plk kami “lama tak”? Mcm manalah kami nk jawab… soalan ni agak “tough”

Akhir sekali ada lah seorang pengawai yg dtng untuk menguruskan bab ambulance & mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter. Allahuakbar… sedih tgk kakak saya yg mmg sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orng ramai di situ. yg menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata… sebenarnya blh mengunakan cara cop jari manually cuba lambat knplah x inform kami pd mula2 kami buat pertanyaan… kami x kesah pun lambat janji kakak kami x perlu ke sana

Soalan saya pd pengawai KWSP yg berada di kaunter Puan, Pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja2 di dlm bangunan ni… puan bayangkan klu yg dtng ni pesakit yg mempunyai penyakit berjangkit…tidakkah membahayakan anda semua

Feedback saya ttg perkhidmatan KWSP ialah… tlnglah “review” balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda kita hidup di negara yg dikategorikan sbgi negara yg agak maju & demokrasi… ubahlah cara kita berfikir… think out of box… and pls do something on this.

Saya Bangga menjadi Rakyat Malaysia dan bukan sahaja menjadi negara yg maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!

Bukan niat utk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.

#sampaiskrngpihakkwspxderespondsaya
#semogatiadalagiygmengalaminasibygsama