LAPORAN POLIS DIBUAT KERANA SAYA TIDAK BEREHAT DI RUMAH – Najib Razak

Saya tengok isu terbesar untuk penyokong-penyokong PH ialah saya lawat ke Tanjung Piai pada masa mata saya bengkak.

Apa yang berlaku ialah perbicaraan di Mahkamah untuk hari Khamis sepatutnya bermula pada pukul 2:30 petang. Pagi tak ada prosiding.

Oleh kerana mata saya bengkak dan sedikit sakit pada pagi hari itu, saya melawat doktor dan mendapat cuti sakit satu hari iaitu untuk hari Khamis sahaja.

Pada pukul 2:30pm, peguam saya memberitahu bahawa saya tak dapat hadir untuk petang itu dan hakim memutuskan prosiding akan sambung pada hari Isnin kerana kebiasaannya, prosiding untuk kes saya memang tak dijalankan pada setiap hari Jumaat.

Oleh kerana mata saya memulih sedikit, saya pun melawat ke Tanjung Piai pada hari Jumaat.

Tetapi, penyokong-penyokong PH tak puas hati dan mereka membuat laporan polis kenapa saya tak berehat di rumah pada hari Jumaat (walaupun MC saya adalah untuk hari Khams sahaja).

Ada juga dua tiga wartawan yang tanya tentang mata saya.

Setelah mereka tengok sendiri, baru mereka puas hati bahawa mata saya benar-benar bengkak.

Saya nak maklumkan kepada penyokong-penyokong PH bahawa mata saya sakit, bukan buta dan saya masih mampu melihat.

Takkan isu terbesar untuk PRK Tanjung Piai ialah jika mata saya sakit atau tidak?

Apa yang perlu ditakut jika saya melawat ke Tanjung Piai sehingga laporan perlu dibuat untuk polis menyiasat kenapa saya tak berehat di rumah?

Facebook Najib Razak