LGE Tuduh Saya Pembohong Tegar dan Jahil – Najib Razak

0
9

Ini kelakar.

Pada 29hb Oktober, saya membuat posting bahawa kerajaan PH telah terlebih pinjam RM19 bilion setakat hari itu dan jika ini tidak diperbetulkan maka defisit kita akan lari dengan perbezaan sangat besar.

Saya juga memerhatikan bahawa kerajaan PH telah pinjam RM10 bilion dalam bulan Oktober tetapi setakat 29hb Oktober itu, kerajaan tak bayar balik satu sen hutang untuk bulan itu.
https://www.msn.com/en-my/news/national/govt-borrowed-rm10-billion-this-month-repaid-zero-says-najib/ar-AAJvCd6?li=BBr8Hnu

Pada 31 Oktober pula, kerajaan PH cepat-cepat bayar balik RM11.8 bilion pada satu hari sahaja.

Ya, bayar sebanyak RM11.8 bilion pada satu hari sahaja walaupun PH sering kata ktia sudah bankrap.

(Mungkin sumber duit dari penjualan aset negara, jarah lagi dari Petronas atau dari Bon Samurai kedua)

Selepas bayar balik pada 31 Oktober, Guan Eng pun keluarkan satu siaran akhbar bahawa “siapa yang kata kerajaan PH tidak bayar satu sen hutang pada bulan Oktober merupakan pembohong tegar, jahil atau tidak mampu membaca data kewangan secara tepat”.

29 Oktober, saya kata kamu belum bayar balik satu sen hutang. Panggil kamu perbetulkan kerana risikonya besar.

31 Oktober, kamu bayar balik RM11.8 bilion dalam satu hari.

2 November, kamu buat siaran media kata saya berbohong pada 29 Oktober?

Mana akal?

Media, mohon tanya Guan Eng tarikh apa dia buat bayaran RM11.8 bilion itu.

Lagi menakjubkan ialah siaran media dia sendiri juga mengesahkan bahawa setelah bayar balik RM11.8 bilion itu, kerajaan MASIH lari bajet.

Rancangan PH ialah untuk naikkan hutang negara dengan RM51.9 bilion tahun 2019 ini.

Tetapi setakat akhir bulan Oktober (termasuk bayaran balik RM11.8b itu), kerajaan masih terlebih pinjam kerana jumlah pinjaman bersih adalah RM59.3 bilion – iaitu RM7.4 bilion lebih besar dari rancangan RM51.9 bilion yang dijanji.

Kita tengok jka dia akan perbetulkan keadaan ini pada dua bulan terakhir tahun ini.

Saya akan terus pantau.

Facebook Najib Razak