Mahacai tanya Najib jawab

Saya jawab propaganda menipu PH yang sedang ditularkan dalam WhatsApp.
—–
NAJIB, KEMANA RM164B PERGI?

1. Mana banyak Tun jual nak cover hutang Najib, dgn 84 syarikat-syarikat Khazanah yang Najib jual bernilai RM46b?

NAJIB JAWAB:
*Yang dijual dicover oleh yang dibeli. Oleh itu, nilai aset BERSIH Khazanah naik RM83 bilion dari RM33 bilion pada akhir tahun 2008 menjadi RM116 bilion pada akhir tahun 2017*

*Itulah sebab ada banyak aset-aset negara yang ditinggalkan BN untuk PH jual secara lambak”

2. Mana pergi RM46b itu?. Ini ditambah duit GST diperas dari rakyat sbyk RM40b. Dah RM86b dah tu.

NAJIB JAWAB:
*Duit GST adalah seperti mana-mana hasil negara dan dikembalikan kepada Rakyat melalui segala-gala bantuan seperti BR1M, bantuan buku, bantuan petani yang naik setiap tahun masa BN tetapi diturunkan pula pleh PH*

3. Duit Tabung Amanah GST dan duit refund LHDN berjumlah RM38b hak peniaga dan rakyat lesap. Mengapa dah ada RM86 b, hak rakyat RM38b di balun lagi. Ini dah RM124b.

NAJIB JAWAB:
*Perkara ini sudah jawab dalam siasatan PAC yang merumuskan tiada duit hilang atau dirompak. Malah laporan PAC juga menunjukkan bahawa duit GST itu telah digunakan PH untuk membiayai tempoh 3 bulan tax holiday serta hasil SST yang jauh lebih rendah.*

*Perlu ingat bahawa perbelanjaan kerajaan PH pada tahun 2018 adalah RM287 bilion dan RM316 bilion pada tahun 2019 – iaitu jauh lebih tinggi berbanding masa BN (2016 – RM254 bilion, 2017 – RM262.6 bilion).*

*Kenapa penyokong PH tak pernah tanya Guan Eng di mana datangnya duit untuk digunakan untuk membiayai perbelanjaan lebih tinggi ini sedangkan PH bagi 3 bulan tax holiday dan kutipan SST adalah RM20 bilion lebih rendah berbanding GST?*

*Laporan PAC itu juga membuktikan bahawa kerajaan PH tidak membayar balik satu sen duit GST dan LHDN pada tahun 2018 tetapi menjarah RM82 bilion dari rizab tunai RM176 bilion yang ditinggalkan Najib untuk membayar balik pada tahun 2019″

*Laporan PAC dah kantoikan PH sendiri tetapi korang masih mahu berdegil memainkan penipuan ini?*

4. Terbongkar pula MoF di Ketuai Najib pinjam RM40b melalui anak sykt MoF, Pembinaan PFI.

NAJIB JAWAB:
*Pembingaan PFI meminjam dua kali. RM20 bilion pada zaman Pak Lah dan RM20 bilion masa saya PM. Dana ini digunakan untuk projek-projek Private Finance Initiative atau Kerjasama Swasta-Awam untuk membina kemudahan-kemudahan awam seperti kampus-kampus universiti, kampus MARA baru dan lain-lain projek.

*Jika BN perlu bayar balik PFI ini dengan sepenuhnya (tetapi tiada keperluan mendesak kerana projek-projek PFI ini menjana keuntungan dan aliran tunai jangka panjang), BN hanya perlu angkat RM40 bilion dari RM83 bilion nilai Khazanah yang dinaikkan atau rizab RM176 bilion Petronas atau dari dua tahun lebihan hasil kutipan GST)

Nilai kesemuanya RM164b. Ini bersamaan 3 tahun (3x ganda) nilai bajet pembangunan SELURUH negara 2018 Najib sbyk RM47b!!

Kemana duit itu? Jika di campur duit jual asset Khazanah, GST dan balun duit Tabung GST dan LHDN sudah ada RM164b tetapi hutang negara meledak MELEBIHI RM1.086 TRILLION!!! Boom!!!

NAJIB JAWAB:
*Hutang negara RM1 trilion ini cuma cerita dongeng kerajaan PH. Hutang sebenar adalah RM686 bilion pada akhir 2017 tetapi telah dinaikkan kepada RM820 bilion oleh PH setakat 26 Nov 2019 ini*

Lebih mengejutkan dgn hutang begitu banyak, duit dlm akaun Kjaan saat diambil.Kjaan PH cuma ada RM450 juta!!! ( sumber: Ketua Akauntan Negara).

NAJIB JAWAB:
*RM450 juta dalam akaun semasa kerajaan ini adalah propaganda Guan Eng. Hanya orang gila sahaja yang simpan wang tunai berlebihan dalam akaun semasa yang tak menerima apa-apa faedah bank. Wang berlebihan kerajaan biasanya disimpan dengan BNM*

*Pada akhir bulan April 2018 sebelum PRU14, deposit tunai kerajaan BN dalam BNM adalah RM10,050,993,720. Itu Guan Eng tak sebut. Dia cuma sebut RM450 juta itu seolah-olah Rakyat senang ditipu bahawa kerajaan hanya ada satu akaun bank*

http://www.bnm.gov.my/index.php…

Sila jawab please.

*Najib sudah jawab*

Sekarang Najib nak tanya PH pulak.

Ke manakah perginya RM50 bilion hasil jualan aset negara, RM120 bilion hutang negara yang ditambah dan RM82 bilion duit PETRONAS yang dijarah?