Mandat rakyat tidak di hormati?

Antara propaganda PH sekarang ialah “Democracy is dead”, “Demokrasi dirogol oleh pengkhianat”, “mandat Rakyat tidak dihormati”.

Saya cuma nak sebutkan satu fakta je:

Pada PRU14, jumlah undi yang diperolehi oleh setiap parti adalah:

– PH (termasuk warisan): 5,781,600 undi.
– BN: 4,080,797 undi.
– PAS: 2,051,188 undi.

Jika BN + PAS = 6,131,985 undi

Belum masuk lagi undi-undi yang sokong mereka dari PH yang lompat keluar dan kini berada dalam kerajaan baru PM ke-8.

Nak tanya.

Adakah 6,131,985 undi lebih besar atau lebih kurang berbanding 5,781,600 undi?

Gabungan mana yang dapat lebih banyak sokongan Rakyat?

Puas hati belum?

Jika masih tak puas hati dengan keputusan YDP Agong, suruh Ambiga turun beramai-ramai ke jalanraya untuk tuntut parlimen bubar.

Di Melaka, PH suruh bubar DUN tapi PH tak berani minta bubar parlimen pulak?

Suruh bubar parlimen.

Kita jumpa di PRU15.

P.S. Muafakat Nasional juga pernah sokong bubar parlimen tetapi Majlis Raja-raja tak bersetuju.

Nak buat cam mana?

Wajib untuk kita hormat keputusan Majlis Raja-raja.

Sebab kita Rakyat yang hormali perlembagaan. Kita bukan Raykat.

Sebab itu, kita akur dan tukar pendirian.