[MNStv] Program Sarapan Percuma tiada dalam belanjawan 2020

0
8

Mana pergi duit cukai gula dan soda berjumlah RM1. 6 bilion yang kononnya hendak digunakan untuk Program Sarapan Pagi?
#PHBuatJanjiTemberangLagi
#MakinLamaMakinHancing

Baca balik temberang mereka disini:
Hasil cukai gula biaya program sarapan percuma murid
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542790/hasil-cukai-gula-biaya-program-sarapan-percuma-murid
……….
Kesilapan Lim Guan Eng atau kecuaian Dr Maszlee?

Sebelum Dewan Rakyat memutuskan RUU Pembekalan 2020 di peringkat dasar pada bacaan kali kedua, saya bangun atas peraturan mesyuarat 67 untuk mendapatkan pengesahan samada Program Sarapan Percuma (PSP) yang memerlukan peruntukan RM1.6 bilion akan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2020 untuk diluluskan pada hari ini, memandangkan butirannya langsung tiada disenaraikan di dalam Buku Belanjawan 2020.

Sementara itu, peruntukan berjumlah RM295 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pula disediakan kepada Kementerian Pendidikan di bawah butiran peruntukan bantuan pendidikan.

Logiknya mudah. Kalau mahu melaksanakan PSP, buat apa RMT diberikan? Bukankah ini sudah bertindih?

Kalau PSP benar-benar mahu dilaksanakan, di mana peruntukan RM1.6 bil disenaraikan? Bagaimana pembayaran dapat dibuat tanpa kelulusan Dewan Rakyat?

Jawapannya samada Menteri Pendidikan atau Menteri Kewangan kantoi menipu?

Haha,barangkali belum pun Parlimen meluluskan Belanjawan 2020, Kerajaan PH sudah bersiapsiaga untuk menyediakan Belanjawan Tambahan atau RUU Pembekalan 2020 kot? Awalnya…..?

Nampaknya PH “main hentam” atau “bulldoze” saja Belanjawan 2020 dan mahu ianya diluluskan pada malam ini juga ???!

Wee Ka Siong