Muafakat Nasional: Jika Mahathir menjadi PM

Ura-ura Mahathir mahu bentuk kerajaan bersama Muafakat Nasional tanpa DAP dan PKR. Tapi meletakan syarat, tidak mahu Bossku. Tentu ramai yang melompatkan?

Pada aku positifkan saja, jika ia benar berlaku itulah peluang besar yang Muafakat Nasional (MN) nantikan, punyai kuasa. Dengan kuasa yang ada banyak perkara-perkara yang boleh dilakukan, diperbetulkan dan diselamatkan.

Katalah kerjasama itu benar-benar wujud dan Mahathir masih mahu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, itu juga bukanlah masalah besar, sudah tentu akan ada rundingan lain yang menguntungkan MN.

Sebagai contoh, PM biarlah Mahathir, untuk kerusi TPM, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan dan Menteri-menteri kanan yang lain mestilah dari MN.

Jika ini yang berlaku aku yakin majoriti rakyat akan setuju dengan kerjasama ini. Jika kita lihat pada hari ini, harapan rakyat majoriti semahunya peralihan kerajaan secepat-cepatnya dilakukan.

Kerana mereka amat sedar hanya pertukaran kerajaan sahaja yang dapat meredakan kemarahan dan memulihkan kembali keadaan negara seperti di era Barisan Nasional (BN).

Tentang Bossku apa masalahnya jika Bossku berehat seketika jika itu yang Mahathir mahukan. Perlu diingat UMNO akan menempuhi pemilihan parti tidak lama lagi. Jadi ketika itulah Bossku DS Najib boleh membuat come back.

Mahathir tiada hak untuk menghalang Bossku untuk bertanding dalam pemilihan Parti UMNO. Dan kita sebagai ahli parti perlu memastikan DS Najib mengisi borang untuk bertanding jawatan sebagai Presiden Parti.

Tugas kita sebagai perwakilan pastikan DS Najib menang sebagai Presiden UMNO. Menang sebagai Presiden Parti terbesar dalam MN sudah tentu membolehkan Bossku menjadi Perdana Menteri semula.

Dalam politik yang penting adalah bagaimana untuk mendapatkan kuasa. Tanpa kuasa, kuat macam mana sekali pun ia tak ubah ibarat anjing menyalak bukit, yang tidak mungkin bisa meratakan bukit yang disalak itu.

Jika kita punya peluang untuk lebih cepat kembali berkuasa mengapa perlu tunggu 3 tahun lagi?. Perlu diingat semakin lama memberi peluang kepada DAP dan Anwar berkuasa semakin bertambahlah kekuatan mereka serta semakin cepatlah Bossku dihumban ke penjara dan UMNO dimusnahkan.

Ini hanya pandangan peribadi aku sahaja,tidak mewakili mana-mana pihak atau pun idividu. Ia adalah dari sudut pandang aku sendiri, yang mana ia adalah realistik dan realiti mengikut kaca mata aku.

Edit and copy paste:

Oleh Azizie

#MuafakatNasional
#PolitikPerlukanKuasa