Nampak gayanya seperti kerajaan PH tak malas dan sedang kuat bekerja untuk meminjam – Najib Razak

Semalam, Guan Eng mesyuarat dengan Gabenor Japan Bank for International Cooperation (JBIC).

JBIC merupakan bank kerajaan Jepun yang menjamin Bon Samurai yang dipinjam oleh Kerajaan Malaysia.

PM ke-7 baru-baru mengesahkan bahawa kerajaan PH akan meminjam bon samurai kedua selepas meminjam bon pertama bernilai RM7.3 bilion awal tahun ini.

Pagi ini, Guan Eng pula bermesyuarat dengan Pengarah Eksekutif Bank Pembangunan Asia (ADB).

ADB merupakan institusi yang meminjam kepada kerajaan-kerajaan Asia dan memainkan peranan agak serupa dengan Bank Dunia tetapi untuk rantau Asia.

Masa PM ke-4, Malaysia bayak meminjam dari ADB tetapi kesemua hutang ini dilangsaikan masa saya PM.

Namun beberapa bulan dahulu, media bisness melaporkan bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk sambung semula pinjaman dari ADB.

Malaysia in talks to secure new lending from ADB
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-talks-secure-new-lending-adb/

Nampak gayanya seperti kerajaan PH tak malas dan sedang kuat bekerja untuk meminjam seberapa banyak yang mungkin dari negara-negara asing sambil menjual aset negara secara lambak.

Pun begitu, Rakyat disuruh oleh PH untuk tidak bimbang walaupun hutang negara mencanak naik dengan pantas di bawah mereka.

Menteri Kewayangan dah kata awal minggu ini bahawa kenaikan hutang negara boleh disifatkan sebagai “impak positif bergantung bagaimana ia dilihat”.

Facebook Najib Razak