Pengundi bertekad menghukum kerajaan Pakatan dan Mahathir pada #PRKTanjungPiai

Wee Jeck Seng bersedia untuk merampas semula kerusi kali ini, dengan sokongan Cina yang semakin berkurangan untuk Pakatan dan muafakat Umno-PAS yang meningkatkan undi Melayu.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merasa sukar untuk mendapatkan kembali sokongan yang diperolehnya tahun lepas di Johor yang membantu menggulingkan kerajaan Umno.

Pada tahun 2018 PH mendapat majoriti 64% pengundi Cina yang memihak dan 32% pengundi Melayu-Muslim memberikan sokongan yang besar kepada Pakatan untuk memenangi kerusi tersebut.

Kali ini, dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai yang berlangsung Sabtu ini, laporan mengatakan pertembungan antara pelbagai faktor meyukarkan bagi PH untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Pada tahun 2018, Calon PH dari PPBM memenangi kerusi tersebut dengan majoriti kecil. Calon mereka, Allahyarham Md Farid Md Rafik menewaskan calon dari MCA Wee Jeck Seng.

Kali ini, Wee bersedia untuk merebut semula kerusi tersebut, dengan sokongan Cina merosot untuk kerajaanPakatan Harapan dan permuafakatan Umno-PAS yang dibentuk pasti menambah undi Melayu.

Beberapa laporan media menunjukkan pengundi Cina hilang sabar terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Terdapat banyak isu yang menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Masyarakat Cina mungkin juga mempunyai dendam terhadap Dr Mahathir kerana penganjuran kongres maruah Melayu yang beliau rasmikan.

Sekarang, orang Cina di Tanjung Piai Johor mempunyai peluang untuk meluahkan kekecewaan mereka dan mereka beralih kepada calon Barisan Nasional.

Anwar sebagai Penyelamat?

Sebaliknya Anwar muncul mempertahankan Pakatan Harapan melalui pilihan raya kecil Tanjung Piai. Beliau mengakui terdapat di dalam kerajaan yang masih mengamalkan cara yang sama seperti Umno, tetapi beliau berkata ini adalah sebahagian daripada proses perubahan di Malaysia.

Beliau sekali lagi menegaskan kerajaan harus diberikan masa untuk memperbaiki keadaan dan memenuhi janji-janjinya.

“Mereka berkata ‘kami mahu memberikan pengajaran kepada kerajaan supaya mereka menyedari ramai yang tidak menyukai kerajaan hari ini’.

“Orang Cina tidak senang, mereka menyokong Harapan tetapi tidak gembira. Sementara itu, orang Melayu fikir kita telah menjadi DAP dan saya seorang ahli DAP, ” kata Anwar.

Penulis: Sue