Pengundi hantu bakal bertebaran pada PRU15

Kalau dilihat daripada apa yang berlaku pada hari ni jelas menunjukkan bahawa akan bertebaran pengundi hantu diseluruh negara demi untuk memenangkan Pakatan Harapan sebagai kerajaan.

Ini dapat dilihat di PRK Tanjung Piai yang mana 3 orang pengundi telah membuat laporan polis dimana mereka mendakwa bahawa pihak petugas SPR di pusat mengundi mengatakan bahawa mereka telah pun membuang undi sedangkan dakwat kekal tidak terdapat di jari mereka.

Persoalannya kini, siapa yang menggunakan nombor kad pengenalan ketiga-tiga mereka ini?

Dan bagaimana ini boleh berlaku?

Masih ingat lagi beberapa pegawai JPN Pulau Pinang yang ditahan atas dakwaan menjual kad pengenalan kepada warga asing?

Ini tidak mustahil juga berlaku di Johor dan mungkin kad pengenalan ketiga-tiga pengundi berkenaan telah mempunyai pendua bagi membolehkan pengundi hantu ini mengundi.

Apa tindakan yang bakal dilakukan?

Adakah pihak berkuasa akan mengambil tindakan atau hanya akan berdiam diri?

Sama-sama kita nantikan.