Peristiwa tumbangnya Tun Mahathir bersama Anwar Ibrahim

Pertamanya Tun Mahathir terus meletakkan jawatan.

Implikasinya sekiranya TS Muhyiddin Yassin (TSMY) tidak isytihar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH) maka yang layak menjadi Perdana Menteri adalah Anwar Ibrahim. Anwar akan jumpa Agong dan perlantikan akan berlaku sebab waktu ini Anwar adalah dari parti memerintah (PKR) dan juga memiliki kerusi parlimen terbanyak.

Tetapi langkah telah di buat oleh TSMY untuk keluar dari PH dan Anwar telepas peluang kerana Pakatan Harapan tidak lagi memiliki kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Seterusnya Tun M mengumumkan terima jawatan Perdana Menteri semula sekiranya ditawarkan tetapi waktu ini PPBM telah keluar dari gabungan PH.

Jadi peluang terbuka kepada Tun M untuk menjadi Perdana Menteri secara non partisan dan Raja-raja melayu melihat itu sebagai konsep Presiden dan memberi ancaman kepada kedudukan Raja-raja dan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Dalam keadaan masih di luar gabungan PH dan tidak membuat pakatan dengan mana-mana parti maka PPBM menjadi parti kecil yang tiada arah kerana ketika itu PH masih ada PKR, DAP dan warisan manakala BN agak kuat kerana memiliki PAS, UMNO dan GPS.

Situasi ketiga sekiranya PPBM bersama semula dalam gabungan PH dan ketika ini keadaan lanskap akan berubah sebagai pendatang baru, kita kenal karektor Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Rasanya kalau keadaan ini berlaku mustahil Tun M akan diterima sebagai Perdana Menteri.

Maka akan kekal lah PPBM sebagai parti picisan.

Tindakan Tun M meletakkan jawatan dan keluar dari gabungan PH, situasi ini meletakkan PPBM dalam keadaan dilemma dan tiada arah.

Segalanya berpunca dari keengganan Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim seperti yang telah di oersetujui didalam Pakatan Harapan.