PM ke-7 Beri Amaran Bahawa Malaysia Bakal Dikenakan Sekatan Ekonomi – Najib Razak

Hari ini, PM ke-7 memberi amaran bahawa Malaysia bakal dikenakan sekatan ekonomi

Selepas itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kata mereka akan mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan Malaysia mengelak sekatan AS

“MITI pastikan Malaysia elak sekatan AS”
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/10/620087/miti-pastikan-malaysia-elak-sekatan

Harap kita tidak terlambat.

Pada hari kebangsaan lalu, saya pernah tulis tentang lima risiko kepada negara yang kerajaan PH patut memberi perhatian.

Risiko nombor satu yang saya beria ialah sekatan ekonomi dari Amerika Syarikat.

Ini apa yang saya tulis pada hari kebangsaan itu:

?????? ?. ?????? ???????? ????????? ??????? ??????? ???? ????? ???????? ???? ??????? ????????.

Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai 16 negara yang mereka syaki adalah penipu perdagangan.

Pada bulan Mei tahun ini, Malaysia juga disenaraikan sebagai salah satu dari 9 negara untuk dipantau sebagai Manipulator Mata Wang.

Minggu lepas pula, rangkaian media antarabangsa Reuters mengeluarkan satu artikel yang menuduh kerajaan PH sedang bersuhabat dalam penipuan untuk menolong negara Venezuela dan Iran untuk mengelak sekatan ekonomi Amerika Syarikat.

Reuters kata mereka ada bukti bahawa minyak yang diimport dari Venezuela dan Iran telah dilabelkan sebagai minyak Malaysia untuk dieksport semula kepada China.
https://www.reuters.com/article/us-china-oil-malaysia/chinas-july-crude-oil-imports-from-malaysia-near-record-customs-idUSKCN1VG07T/

Sebab itu, eksport minyak dari negara kepada China telah meningkat 3 kali ganda pada tiga bulan yang lalu walaupun pengeluaran minyak dari PETRONAS jatuh sedikit.

Pada saya juga, tindakan kerajaan PH melalui Guan Eng untuk sering mempromosikan Malaysia sebagai negara yang mungkin menerima manfaat dari perang perdagangan Amerika Syarikat dengan China merupakan tindakan tidak bijak.

Vietnam yang sering diiktiraf sebagai negara yang benar-benar menerima manfaat dari perang perdagangan tersebut telah dikenakan tarif 400% ke atas eksport barangan besi dan keluli oleh Amerika Syarikat bulan lepas sebagai permulaan Amerika Syarikat mengambil tindakan.
https://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3017055/us-slaps-import-duties-more-400-cent-vietnamese-steel/

Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport ke-3 terbesar untuk Malaysia dan sebarang sekatan ekonomi atau kenaikkan tarif kepada kita akan memberi kesan parah kepada ekonomi negara.

Facebook Najib Razak