PRK sudah berlalu. Kita balik ke isu ekonomi – Najib Razak

Saya ulas lagi dari laporan ekonomi suku ke-3 yang senyap-senyap dikeluarkan oleh BNM pada hari Jumaat lalu di mana pertumbuhan KDNK ekonomi kita turun lagi ke 4.4% berbanding 4.9% untuk suku ke-2.

Sehingga kini, Menteri Kewayangan masih membisu walaupun ini adalah data ekonomi yang amat penting untuk negara.

Click to access 3Q2019_fullbook_en.pdf

Dia tak nak komen, saya komen.

Di dalam sebuah ekonomi, pelaburan adalah amat penting untuk negara kerana ia mendokong pertumbuhan ekonomi serta jumlah pekerjaan masa depan.

Pelaburan di dalam sebuah ekonomi pula datang dari dua sumber – iaitu pelaburan sektor swasta dari pelabur tempatan dan asing (kilang baru, pembinaan projek perumahan, syarikat baru..) atau pelaburan dari sektor awam atau dari kerajaan (hospital baru, jalanraya baru, sekolah baru, agensi kerajaan baru dan lain-lain).

Bagaimanapun, data BNM menunjukkan bahawa pelaburan dari kedua sektor swasta dan sektor awam telah menjunam teruk.

Pertumbuhan pelaburan sektor swasta untuk suku ke-3 telah jatuh ke 0.3% sahaja.

Selepas pengumuman data ekonomi untuk Suku pertama tahun 2019, ramai penganalisis ekonomi mengeluh dengan kadar pertumbuhan pelaburan swasta yang telah jatuh ke 0.4% iaitu paling rendah sejak 10 tahun dahulu.

29 Julai 2019: “Worrying trend of private investments in Malaysia”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/29/worrying-trend-of-private-investments

Tetapi ianya jatuh lagi ke 0.3% dalam suku ke-3.

Pertumbuhan pelaburan awam pula negatif sejak PRU14 dan terus menjunam lagi ke -14.1% pada suku ke-3.

Kerajaan PH pinjam hutang negara baru sebanyak RM120 bilion, jual aset negara RM50 bilion dan jarah RM82 bilion dari Petronas tetapi wang itu entah pergi ke mana kerana pelaburan sektor awam semakin lembap.

Kadar pertumbuhan pelaburan swasta dan awam masa BN tinggi-tinggi belaka tetapi PH ambil alih sahaja terus jatuh dan jatuh.

Pada masa kini, hanya permintaan domestik (iaitu perbelanjaan Rakyat) yang masih mampu menyokong ekonomi kita tetapi ianya juga semakin menurun.

Jika situasi ini berterusan, ekonomi kita akan jahanam pada masa depan kerana daya membeli rakyat masa depan akan semakin menurun jika tidak ada pelaburan masa kini yang menyediakan pekerjaan dan mendokong kegiatan ekonomi masa depan.

Facebook Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156505503995952&id=157851205951