#PRKTanjungPiai: Arahan terbaharu SPR tiada dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya – PH terdesak

Kenyataan Pengerusi SPR, Azhar Harun yang menyatakan kempen rumah ke rumah memerlukan permit polis (kononnya wujud dalam peraturan) memang perlu dipertikaikan.

Aktiviti kempen pilihan raya tertakluk di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, lebih jelas di bawah seksyen 24B.

Keperluan permit polis hanya terpakai bagi perjumpaan atau perhimpunan di tempat terbuka 24B(3). Kempen rumah ke rumah dijalankan dalam kawasan rumah seseorang pengundi, tidak dianggap tempat awam bila dalam kawasan rumah.

Kempen rumah ke rumah juga selalunya bertujuan untuk mengedarkan risalah berhubung calon atau parti yang bertanding. Untuk perkara ini, 24B(4) mensyaratkan calon bertanding mendapatkan permit dari SPR serta membayar deposit. Perkara ini tidak lagi menjadi isu kerana telah terlebih awal diselesaikan ketika Hari Penamaan Calon.

Sangat tidak logik untuk memohon permit ketika calon atau petugas parti berjalan/bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Jadi ya, kenyataan Pengerusi SPR sangat pelik. Perlu diberi pencerahan undang-undang mana yang menetapkan syarat keperluan permit polis dalam kempen rumah ke rumah.

Sumber