#PRKTanjungPiai: Kad SIM bukan PH yang bagi tetapi tertulis ‘untuk kegunaan pilihanraya’

Calon PH telah menafikan bahawa PH terlibat dalam pemberian kad sim prabayar CELCOM secara percuma kepada hadirin ceramah PH.

Dia kata kad itu diberi oleh sebuah syarikat swasta (CELCOM, yang kebetulan juga milik kerajaan PH) bukan oleh PH.

Bukan nak rasuah pengundi, kata mereka.

Menurutnya, secara kebetulan sahaja program CELCOM berlangsung sama dengan program kempen pilihan raya anjuran pihaknya dan PH.

“Pasal dakwaan beri kad sim, program itu diadakan satu syarikat untuk promosi kad sim yang kebetulan diadakan bersekali program kita.

Ye lah tu… kami percaya syarikat “swasta” secara kebetulan telah tumpang khemah PH untuk membuat program promosi pada waktu yang PH sedang berkempen.

Tapi gambar kotak-kotak kad sim yang kami tangkap itu nyata kelihatan ayat “CELCOM – Untuk kegunaan Pilihanraya).

Pak Imam boleh jelaskan?

https://www.sinarharian.com.my/article/56662/PRU/PRK-Tanjung-Piai/Kad-sim-percuma-ditawar-sebuah-syarikat-bukan-PH-Karmaine

Facebook Najib Razak