#PRKTanjungPiai: Kebetulan yang terancang lagi ke?

Bolehkah Kerajaan PH menggunakan cara ini untuk memancing undi? Halal ke haram?

#DiBawahMalaysiaBaharuApaPunBoleh!
Ceramah PH di PDM Tenggayon pada malam ini menyaksikan pengacara mengumumkan kepada para hadirin bahawa sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kad SIM Celcom Pra-bayar secara percuma, boleh mengambilnya dari pihak penganjur di kaunter khas yang disediakan. Siap pegawai bagi penerangan, perkhidmatan pelanggan cukup baik?!

Tumpang tanya, ini KEBETULAN TERANCANG lagi ke? Bolehkah Kerajaan PH menggunakan cara ini untuk memancing undi? Halal ke haram?

Harapkan BERSIH atau SPR mengambil tindakan?

Hahaha…

Saya rasa dah boleh ramal alasan yang bakal diberikan. Ia pastinya akan berbunyi, “setakat ini kita belum mendapat sebarang aduan”.

Bukan kah PM dah kata peruntukan disalurkan ke Tanjung Piai semasa PRK CUMA kebetulan?

Manakala 2 orang Menteri kanan PH kata pemberian bantuan semasa PRK bukan satu kesalahan! Jadi dah tahu kesudahannya, buat apa nak membuat aduan kepada pihak berkuasa?

#SeriusKeTakNakBuatPilihanRayaBersihDanAdil ?