#PRKTanjungPiai: Kekalahan Tanjung Piai akan mempengaruhi perkhidmatan awam terhadap Kerajaan Pakatan Harapan

Kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai dijangka akan menimbulkan keraguan terhadap pegawai-pegawai awam yang tidak yakin dengan kesinambungan gabungan itu, menurut sumber dari dalam Pakatan Harapan.

Menurut sumber, ini akan memburukkan lagi masalah yang dihadapi PH bagi mendapat sokongan dan kerjasama dari penjawat awam.

Menurut sumber ini lagi keadaan ini adalah seperti “kerajaan dalam kerajaan” yang sekian lama menjejaskan kerajaan, tetapi tanpa menjelaskan apa maksud sebenarnya yang dikatakan seperti kerajaan dalam kerajaan itu.

Ketua Majlis Penasihat Kerajaan (CoE) yang telah dibubarkan, Tun Daim Zainuddin, sebelum ini menasihati menteri-menteri PH untuk mengatasi kecurigaan mereka terhadap perkhidmatan awam dan belajar mempercayai pegawai-pegawai di bawahnya. Ini merupakan suatu peringatan terhadap kepentingan penjawat awam dalam pentadbiran kerajaan. Umum ketahui jumlah penjawat awam dalam kerajaan adalah penyumbang kepada kejayaan sesebuah kerajaan itu sendiri.

Kenalan politik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menteri-menteri PH yang tidak dapat atau tidak akan bekerjasama dengan penjawat awam adalah satu “malapetaka”. Atas sebab banyak alasan diketahui perkara ini berlaku dan ia amat membimbangkan.

Pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah salah sebuah kawasan Parlimen Johor akan diadakan pada Sabtu ini. Mungkin ia adalah titik tolak perubahan lanskap politik Pakatan Harapan mahupun pembangkang yang mempunyai indikator tersendiri.

Oleh: Sue