#PRKTanjungPiai: Mampukah ‘umpan’ Pelan Koridor Ekonomi pancing undi untuk PH?

Ingat lagi Master Plan PD yang disiapkan dalam tempoh 4 hari ketika PRK Parlimen Port Dickson?

Apa jadi dengan Master Plan tersebut?

Sekarang dia kata akan mewujudkan Pelan Koridor Ekonomi yang baru melibatkan Tanjung Piai dan dibentangkan pada Sabtu lepas (8/11/2019).
 
Pada masa ini, Johor mempunyai koridor ekonomi dalam Pembangunan Wilayah Iskandar

Sekarang ini sudah ada koridor, pintu gerbang, pintu belakang, lorong dan entah apa lagi depa buat. 

Agaknya orang Tanjung Piai dapat apa?

Bila ada pilihanraya mereka datanglah – janji masterplan lah, koridor ekonomi lah dan entah ape lagi.

Bila sudah habis pilihanraya dia pergi main pintu belakang dan lorong belakang.
………..
Koridor ekonomi baharu bermula dari Bandar Malaysia ke Johor tahun depan – Azmin

PONTIAN: Kerajaan akan mewujudkan koridor ekonomi baharu yang menghubungkan antara Bandar Malaysia di Kuala Lumpur hingga ke Johor, bermula tahun depan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata langkah itu bagi membangunkan pekan kecil di antara daerah sekali gus melonjakkan ekonomi kawasan berkenaan.

Katanya, koridor itu bakal mewujudkan bandar nukleus baharu yang merangkumkan daerah serta pekan kecil di Johor, sekali gus membangunkan kawasan luar bandar.

“Semalam saya menerima taklimat mengenai koridor ekonomi baharu untuk Johor bagi diteliti dan ia akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita akan wujudkan bandar nukleus dan membangunkan bandar serta pekan kecil daripada Bandar Malaysia hinggalah ke Johor dengan mewujudkan juga jaringan pengangkutan awam bersepadu membabitkan perkhidmatan rel serta lapangan terbang baharu.

Baca seterusnya disini
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/626894/koridor-ekonomi-baharu-bermula-dari-bandar-malaysia-ke-johor-tahun