#PRKTanjungPiai: Setia dan semangat juang Hajah Shamsiah sedikit pun tidak goyang

Namanya adalah Hajah Shamsiah binti Selamat. Dia adalah pemimpin akar umbi Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Yang pasti dia tidak pernah jadi wakil rakyat. Di juga tidak pernah jadi Exco apatah lagi sebagai Timbalan Menteri mahupun Menteri. Malah sebagai SETPOL, SUA mahupun Pegawai Khas pun, rasa-rasanya dia tak pernah jadi.

Saya cukup yakin, paling jauh dia mewakili partinya hanyalah ke PWTC. Tak pernah merasa langsung menjejak kaki ke London, New York apatah lagi memiliki ladang kuda yang luasnya beribu-ribu hektar di Argentina.

Pembabitannya dengan UMNO pun tidak memungkinkan dia memiliki ratusan syarikat yang mendapat projek berbilion ringgit sekaligus membolehkan dia melabelkan orang lain sebagai pemalas dan mengharapkan tongkat macam sesetengah orang yang mempunyai kedudukan tinggi kerana terlibat dengan UMNO.

Namun ketika partinya kalah dan hilang kuasa, dia tidak melupuskan kesetiaannya. Setia dan semangat juangnya sedikit pun tidak goyang atau rapuh. Dia tidak lari meninggalkan partinya ketika partinya dikenakan pelbagai tekanan termasuklah diancam untuk dilupuskan.

Hajah Shamsiah Selamat hanyalah sebahagian kecil daripada akar umbi yang jati diri mereka tidak boleh dijual beli atau goyang kerana hilang kuasa.

Jauh bezanya daripada pemimpin-pemimpin yang dahulunya perkataan PERJUANGAN BARISAN NASIONAL tak lekang di mulut tetapi apabila kalahnya BARISAN NASIONAL, mereka melompat masuk ke dalam parti yang menjadi kerajaan bagi menyelamatkan punggung masing-masing.

Harga diri, maruah dan martabatnya jauh lebih tinggi berbanding mereka.

Sumber:
Facebook