#PRKTanjungPiai: Ucapan Penghargaan Tok Mat Hasan

0
10

Syukur Alhamdulillah…
PRK Tanjung Piai BN menang selesa dengan majoriti yang amat baik.

Terima kasih kepada semua Pengundi-pengundi di Tanjung Piai yang memberikan kepercayaan kepada kami, BN.

Terima kasih juga kepada semua penggerak dan jentera UMNO, BN, rakan-rakan BN dan khusus nya PAS, yang bertungkus lumus selama 2 minggu di Tanjung Piai.

Saya amat menghargai nya.

Bagi pihak UMNO/ BN saya mengucapkan ribuan terima kasih..

Terima kasih juga kepada penduduk-penduduk di Tanjung Piai yang melayan kami dengan penuh kemesraan.

Jika yang terkasar bahasa dan perbuatan, maaf jua saya pinta…

Sampai ketemu lagi, InshaAllah

#mukaadasenyum ?

YB Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan
Timbalan Presiden UMNO/
Timbalan Pengerusi BN Pusat.