Salahuddin tidak berani jawab sendiri di Dewan Rakyat – Ka Siong

#SkandalTenderBajaDanPengapuran
#BeraniKeranaBenar

Menteri Pertanian Dato’ Seri Salahuddin Ayub tak berani jawab sendiri di Dewan Rakyat semalam dan serahkan sesi penggulungan perbahasan kepada Timbalannya, Sim Tze Tzin.

Akan tetapi, pada hari ini Menteri MENGAKU bahawa beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri bertarikh 7 November 2019 dan Perdana Menteri telah BERSETUJU untuk memberi tender kepada NAFAS secara RUNDINGAN TERUS!

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/22/salahuddin-akui-tulis-surat-kepada-pm-sokong-beri-tender-pada-pertubuhan-peladang/

Ini sekaligus mengesahkan apa yang saya dedahkan di Dewan Rakyat terbukti benar. Sia-sia saja beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan mempertikaikan dakwaan saya.

Mana nak letak muka Timbalan Menteri selepas pengakuan Menteri ini? Jelas disebut di Dewan Rakyat, Sim Tze Tzin MENAFIKAN campurtangan di dalam urusan tender baja dan kerja pengapuran yang berjumlah RM1.4billion!

Kan awal-awal lagi saya nasihatkan Sim Tze Tzin, tapi dia tak mahu dengar. Sekarang, pasti ternganga mulutnya!

Seterusnya, perhatikan pula kenyataan Salahuddin Ayub hari ini:

1. TAK SALAH menulis surat sokongan kerana tender itu belum diputuskan.

Eh Pak Din, pelik juga dalam sistem tender terbuka PH diizinkan Menteri menulis surat kepada PM. Kalau zaman BN dulu, dah kena balun siang malam. Inikah penilaian tender yang adil dan saksama?

Bolehkah Lembaga Perolehan Tender “overrule” sokongan PM melalui Menteri? Bukankah itu tindakan ‘lawan taukeh’ (insubordination)?

2. NAFAS mengambil bahagian dalam tender terbuka itu….

Eh Pak Din, persoalannya kalau berhajat nak buat rundingan terus dengan NAFAS, kenapa dibuat tender terbuka pada 24 Julai 2019? Lebih baik umum saja PH dah buat U-turn dan sudah mengamalkan prinsip baru dengan menghalalkan rundingan terus. Kemudian ubah keputusan dasar yang pernah diumumkan oleh Tun Dr Mahathir pada 18 Julai 2018 dan disiarkan melalui Twitter Bernama yang berbunyi, “tiada lagi perolehan, tawaran projek dibuat melalui rundingan terus, 100% melalui tender terbuka”.

Pak Din, berhati-hatilah bila bercakap!

Sumber
Facebook Wee Ka Siong