“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji..Ya Allah Lindungi kami .. ” – Si Artis

Itulah tweet dari seorang artis pada tahun 2015 apabila terkeluar berita bahawa Tabung Haji beli sebidang tanah TRX 1.6 ekar dengan harga RM188.5 juta untuk projek pembinaan kondo.

Pada tahun 2015 yang sama, syarikat tersenarai WCT Holdings Bhd juga membeli sebidang tanah TRX 1.6 ekar (bersebelahan tanah dibeli TH) dengan harga lebih tinggi RM223 juta untuk projek pembinaan kondo.

Tahun lepas, WCT lancarkan projek kediaman bernilai RM1.1 bilion yang penganalis kewangan kata ialah projek yang bagus dengan harga yang munasabah.

“11 Jan 2019: Pricing of WCT’s TRX project seen reasonable”
https://www.theedgemarkets.com/article/pricing-wcts-trx-project-seen-reasonable

Syarikat swasta WCT akan mengaut keuntungan besar dari projek TRX bernilai RM1.1 bilion mereka.

Manakala Tabung Haji di bawah kerajaan PH sudah batalkan projek kediaman mereka yang sepatutnya dimajukan oleh TH Properties dan telah menjual tanah TRX itu (dengan sedikit keuntungan).

Peluang untuk Tabung Haji mengaut keuntungan lebih tinggi untuk projek ini juga terlepas.

Masa dulu, kita beri peluang untuk Tabung Haji menjana keuntungan lebih dengan menjual tanah TRX di bawah harga pasaran supaya Hibah kepada pendeposit akan lebih tinggi sedikit tetapi kita dituduh merompak Tabung Haji pulak.

Ya, kita difitnah oleh banyak pihak masa itu termasuk artis.

Siapa lagi antara kawan-kawan FB saya juga termakan fitnah dan propaganda PH tentang tanah TRX Tabung Haji masa itu?

Najib Razak
19 Februari 2020