Saya dedahkan sekali lagi cara PH gunakan propaganda dan institusi kerajaan untuk menipu dan menuduh BN kali ini untuk isu kuota Haji – Najib Razak

0
7

Saya dedahkan sekali lagi cara PH gunakan propaganda dan institusi kerajaan untuk menipu dan menuduh BN kali ini untuk isu kuota Haji – Najib Razak

Dua hari lepas, page propaganda PH Otai BERSIH fitnah Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki telah membohong bahawa kuota haji tahun ini telah berkurang.

Ini berdasarkan kenyataan Asyraf pada 4 Mei 2019 bahawa Malaysia kehilangan kuota Haji tambahan sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan haji
https://www.utusan.com.my/berita/politik/umat-islam-hilang-kuota-tambahan-haji-di-bawah-ph-1.894403

Masa itu, Kekanda menafikan kuota haji telah kurang. dan Tabung Haji juga diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kuota haji tahun ini tidak kurang – padahal apa yang Asyraf kata ialah kuota tambahan, bukan kuota haji biasa.

4 Mei 2019: Kuota haji tidak kurang, kekal 30,200 – Dr. Mujahid

Kuota haji tidak kurang, kekal 30,200 – Dr. Mujahid

4 Mei 2019: Tabung Haji nafi dakwaan kehilangan kuota haji
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/th-nafi-dakwaan-kehilangan-kuota-haji-206876

Selepas itu pula terkeluar kenyataan pada 27 Mei 2019 bahawa PM ke-7 menghantar surat kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon tambahan kouta haji tahun ini untuk 10,000 jemaah.

27 Mei 2019: PM tulis surat mohon kuota haji tambahan
https://www.malaysiakini.com/news/477566

Pada awal bulan Jun pula, Kekanda kata belum ada keputusan.

1 Julai 2019: Kuota Haji: Belum ada keputusan dari Arab Saudi – Mujahid
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kuota-haji-belum-ada-keputusan-dari-arab-saudi-mujahid-211489

Selepas itu, terkeluar pula cerita bahawa permohonan Malaysia telah lulus tetapi kerajaan PH kata tak boleh dedah jumlah kuota yang dilulus kerana mereka mahu “hormati syarat”.
3 Ogos 2019: https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20190803/281509342801333

Ini adalah janggal kerana sebelum ini, kerajaan BN dahulu juga umum kuota tambahan yang dilulus.

1 September 2017:
Hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi menyaksikan jumlah jemaah Malaysia yang melaksanakan ibadah haji pada musim ini meningkat sebanyak 12,000 orang berbanding 30,200 jemaah yang diumumkan sebelum ini.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/09/01/jemaah-msia/

Kerajaan Indonesia juga tak ada masalah untuk umumkan.

24 April 2019: “Indonesia Raih 10.000 Kuota Haji Tambahan”
https://www.cnbcindonesia.com/news/20190424130631-8-68549/indonesia-raih-10000-kuota-haji-tambahan

Tetapi PH kata Malaysia juga dapat kuota haji tambahan tapi PH shy-shy nak dedah jumlah pula.

Dulu kita dapat 12,000. Berapa PH dapat tahun ini?

Jika kurang dari 12,000, adakah Ketua Pemuda UMNO bercakap benar dan bukan fitnah seperti didakwa oleh propaganda korang?

Dan begitulah cara PH gunakan jentera propaganda dan institusi kerajaan untuk menipu Rakyat.

Facebook Najib Razak